berita

Bila Pasangan Jepun Cuba Resepi Kari Ayam Sugu Pavithra, Siap Makan Atas Daun Pisang

May 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Hanya menggunakan smartphone untuk merakam video-videonya di YouTube, Sugu Pavithra semakin mendapat perhatian media dan netizen di seluruh negara. Sering berkongsi pelbagai resepi yang menarik dan mudah, Sugu juga merupakan salah seorang Youtuber yang mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi di platform penstriman itu.

Terbaru, pasangan vlogger Jepun iChang RM telah memuat naik satu video mereka memasak kari ayam mengikut cara Sugu pada pertengahan bulan lalu dan sehingga kini sudah mendapat lebih 200,000 ribu tontonan.

Menonton sambil memasak

Video pasangan Jepun ini mencuri tumpuan apabila mereka mengikuti satu persatu tips yang diberikan oleh Sugu untuk memasak kari ayam. Pada masa yang sama, mereka turut menonton video tersebut sambil memasak. Meskipun, menghadapi beberapa halangan seperti perbezaan bahasa dan ketiadaan rempah ratus, namun pasangan tersebut dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengikuti perkongsian yang diberikan dengan menggunakan bantuan daripada Google Translate.

Bagi rempah ratus pula, mereka memutuskan untuk membuat campuran sendiri memandangkan rempah kari Babas yang digunakan Sugu tidak dijual di Hong Kong.

Berjaya menghasilkan kari ayam

Cabaran yang dihadapi dalam menyediakan kari ayam seperti yang diajar oleh Sugu itu, tidak menjadi halangan buat pasangan tersebut untuk menghasilkan kari ayam sama seperti dengan yang ditunjukkan. Malah, mereka turut menggunakan daun pisang sebagai alas hidangan sama seperti yang dilakukan di restoran-restoran nasi daun pisang di negara Malaysia.

Sumber: iChang RM

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×