Raya sentiasa tentang lebih daripada sekadar persiapan luaran. Ia adalah tentang rasa ketenangan bila melangkah masuk ke rumah, kehangatan bila berkumpul bersama keluarga dan memori yang tercipta di setiap sudut ruang.

Menjelang raya 2026, inspirasi warna Heritage tampil sebagai pilihan yang membangkitkan nostalgia dan kesederhanaan.

Digabungkan pula dengan konsep Tree House (NP 8266) yang moden, minimal dan menenangkan, ia membuka peluang untuk mencipta suasana raya yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga terasa dekat di hati.

Kalau korang sedang mencari idea untuk segarkan rumah sempena perayaan, ini antara cara paling mudah untuk ‘naikkan seri’ ruang tanpa perlu ubah besar-besaran.

1. Ruang tamu: teras kemeriahan raya

nippon paint

Ruang tamu sering menjadi pusat pertemuan ketika raya. Jadi, pemilihan warna dinding memainkan peranan penting untuk mencipta mood yang selesa dan welcoming.

Untuk vibe Heritage yang hangat, tona neutral seperti Tree House, beige lembut atau krim yang ‘soft’ boleh dijadikan latar utama. Warna-warna ini memberi rasa tenang, tidak terlalu menonjol, dan yang paling penting, nampak mahal tanpa nampak berlebihan.

Bonusnya, latar dinding yang clean dan cool begini juga menjadikan ruang tamu lebih ‘fotogenik’. Memang sesuai kalau korang jenis suka ambil OOTD raya, family portrait atau rakam konten TikTok bersama keluarga.

Dalam masa yang sama, jangan lupa soal keselesaan terutama lagi bila ruang tamu jadi tempat tetamu berkumpul lama-lama.

Jadi, kalau korang nak cat semula sebelum raya, pastikan pilih cat yang low odour serta dilengkapi Teknologi AirGuard. Bukan saja kurang bau cat semasa dan selepas mengecat, tapi turut membantu mengurangkan formaldehid dalam udara dalaman, barulah rumah rasa ‘fresh’, selesa dan nyaman bila tetamu datang beraya.

Lengkapkan suasana dengan perabot kayu, kusyen bercorak tradisional yang ringkas, serta pencahayaan warm untuk menyerlahkan suasana mesra, sesuai untuk sesi berborak panjang bersama tetamu.

2. Ruang makan: ringkas tetapi penuh jiwa

Ruang makan pula selalunya jadi tempat paling ‘hidup’ sepanjang raya, penuh dengan aktiviti menjamu selera, bergamba, dan tetamu keluar masuk.

Untuk ruang ini, konsep minimal dengan sentuhan tradisi memberi keseimbangan yang cantik. Meja kayu, alas meja fabrik natural dan tableware berwarna lembut sudah cukup untuk menaikkan seri, tanpa perlu dekorasi yang sarat.

Tapi untuk musim perayaan, satu perkara yang ramai orang lupa ialah soal praktikal. Sebab bila dah ramai orang makan, memang akan ada tumpah kuah, air atau kesan comot tak sengaja.

Jadi, lebih ideal jika korang pilih kerusi makan yang low maintenance, material yang mudah lap dan tidak mudah serap kotoran.

Begitu juga dengan cat dinding, selain cantik, lebih bagus jika ia mempunyai kemasan yang mudah dibersihkan, supaya sebarang kesan tumpahan atau cap tangan boleh dilap dengan cepat tanpa merosakkan rupa dan warna dinding.

Bila semuanya mudah dijaga, barulah anda boleh fokus pada momen bersama keluarga, bukan stress fikir rumah comot.

3. Ruang solat: sudut tenang yang menghidupkan raya

tree house

Dalam kesibukan persiapan raya, ruang solat sering jadi sudut paling bermakna dalam rumah, tempat kita kembali tenang, muhasabah dan recharge.

Untuk kekalkan vibes Heritage yang hangat, korang boleh pilih tona lembut seperti Foggy Green, Tree House, krim, beige atau earthy neutral sebagai latar. Warna-warna ini bukan sahaja menenangkan, malah membuatkan ruang terasa lebih lapang dan bersih.

Lengkapkan ruang ini dengan sejadah yang selesa, rak kecil untuk Al-Quran, serta pencahayaan warm yang lembut supaya suasana terasa lebih damai, terutama ketika solat berjemaah atau bertakbir menjelang Syawal.

Jika korang mahu tambah sedikit karakter, letakkan elemen ringkas seperti tumbuhan hijau, frame kaligrafi minimal atau diffuser beraroma lembut, cukup sekadar menaikkan rasa, tanpa membuat ruang jadi terlalu ‘sibuk’.

Inspirasi warna hijau Tree House dengan sentuhan lebih bermakna

Inspirasi warna hijau Tree House ini boleh diterokai melalui koleksi Nippon Paint, yang menekankan keseimbangan antara estetika moden dan nilai warisan.

Melalui kempen Create Your Most Beautiful Home, pemilik rumah diberi peluang untuk merancang perubahan ruang dengan lebih bermakna, tanpa perlu melakukan transformasi besar-besaran.

Sebagai pelengkap suasana, sentuhan kecil seperti Blobby Touchlight yang comel juga boleh menaikkan mood rumah. Ia bukan sekadar dekorasi, tetapi elemen pencahayaan lembut yang membuatkan ruang terasa lebih warm, tenang dan menyenangkan.

Lebih menarik, promosi ini adalah sempena musim perayaan sahaja, jadi kalau anda memang dah ada plan nak segarkan rumah untuk Raya, ini masa paling sesuai untuk buat keputusan sebelum promosi tamat.

Akhirnya, rumah yang indah bukan hanya tentang warna atau hiasan tetapi tentang bagaimana ia membuatkan kita rasa. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang ini.

Dengan inspirasi hijau Tree House dan palet Nippon Paint, raya kali ini boleh diraikan dalam suasana yang lebih tenang, hangat dan penuh makna.

Kerana setiap kenangan raya yang indah, selalunya bermula dari rumah.