berita

‘Bila Tengok Aril Je, Mama Rasa Emo Sikit’ – Linda Rafar Rindu Arwah Memen

April 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan usahawan, Linda Rafar meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat foto terkini anak sulungnya, Rezaril Keiflin yang sudah memasuki usia 23 tahun.

Mama rasa emo sikit

Menurut Linda, perasaan sebak itu semakin bertambah apabila dia terkenang arwah anak keduanya, Rezaimen Keiflin. Tambah Linda, mereka berdua sangat rapat dan membesar sama-sama.

Bila tengok Aril je, mama rasa emo sikit sebab Aril rapat dengan arwah Memen. Tapi Allah lebih sayangkan Memen sebab tu Allah ambil dia awal.

Ujar Linda lagi, kalau arwah masih hidup, umurnya sekarang 21 tahun.

Ya Allah cepatnyaa masa berlalu. Alhamdulilah. Allah masih bagi ma tengok Aril membesar dan berjaya. Sorry ma teremo pula malam ni. Hanya yang pernah kehilangan sahaja yang dapat rasa apa yang Linda rasa.

Pada 5 Julai 2014, Rezaimin Keifli (Memen) disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Untuk rekod, Rezaril dan Rezaimen merupakan anak hasil perkahwinan Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman.

Sumber: Linda Rafar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×