berita

Bila Tiada Lagi Iman Kepada Tuhan & Agama – ROH FASIK Sure Buat Korang Meremang!

May 28th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Macam mana raya korang? Mesti meriah kan dapat berkumpul satu family. Haa.. Yang beraya sampai malam tu berjaga-jaga lah takut ada yang ikut nanti. Mana lah tahu kot-kot ada hantu raya menumpang korang time drive tu. Seram wei!

Eh, tu tak seram lagi. Paling seram akan ada roh mengganggu korang time raya ni tau. ROH FASIK siapalah yang berlegar time kita raya ni? Pastikan semangat korang tu betul-betul kuat, kalau tak jangan baca terus!

ROH FASIK bakal menganggu tidur korang. Memang creepy wei!

Okay guys, tolong persiapkan fizikal dan mental korang sebelum serbu pawagam Aidilfitri ini. Bukan apa, takut korang tak kuat iman je. Filem dari Indonesia berdurasi 83 minit yang bertajuk ROH FASIK akan mula menghantui korang mulai 6 Jun 2019.

Sebelum min share lagi banyak informasi untuk korang. Nah! Korang tengok dulu reaction untuk trailer ROH FASIK ni. Terkejut min tengok dorang ni.

Kuasa tu!

Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal Ubay Fox ni memang serius creepy weh. Nak tahu cerita ni berkisahkan tentang apa?

Jangan jadikan iblis sebagai teman. ROH FASIK buat korang tak duduk diam!

Ini adalah filem Indonesia yang bergenre seram. Gandingan Zaskia Zungkar iaitu Zahra sebagai isteri Evan Sanders yang mesra dipanggil Akbar dalam filem ini sudah meninggal dunia dan menyebabkan si suami ni tak mahu beriman lagi pada agama dan tuhannya.

Paling menyeramkan, life Akbar dengan isteri barunya, Renata yang dilakonkan oleh Denira Wiraguna tak pernah tenteram. Sampai suatu ketika, Hassan (Irwansyah) datang menziarah dan mula memujuk Akbar ke jalan yang benar.

Dalam terpaksa, Akbar mengizinkan Hassan mengajar Amira bertadarus. Disebabkan Amira merupakan hasil perkahwinan antara Akbar dan Zahra suka bertadarus, terjadilah kejadian-kejadian aneh di dalam rumah mereka.

Yang paling teruk Renata selalu menjadi mangsa gangguan iblis. Tapi dah kenapa tiba-tiba ada iblis datang dan mengganggu keluarga Akbar ni? Meremang pulak bulu roma. Rugi ni kalau tak tengok filem ROH FASIK.

Pelakon ROH FASIK hebat belaka!

Pergh, memang lain watak Irwansyah dalam filem ROH FASIK ini. Kali ini Irwansyah bukan lagi pencita wanita wei, Irwansyah dah jadi ustaz tau dalam filem ni.

Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini ialah Zaskia Sungkar, Evan Sanders dan Nagita Slavina.

Fizz Fairuz pun ajak korang tengok filem ini!

Jom ramai-ramai tengok ROH FASIK di pawagam yang berdekatan dengan anda!

Jom tengok trailer filem ROH FASIK ini!

Min pesan sekali je, yang tak kuat iman jangan tengok tau filem ini. Jom tengok trailer filem ROH FASIK ni. Jangan lupa pakai earphone tau! Baru gempak!

Jangan lupa filem ROH FASIK ini bakal ditayangkan pada 6 Jun 2019. Lock date korang okay! Jom ajak family dan rakan-rakan korang tengok filem ni. Barulah tak menjerit sorang-sorang nanti dalam pawagam.

Selamat hari raya dan selamat menonton.

SKIP THIS AD ×