Kalau sebut tentang perempuan, mesti akan ada stigma tentang apa yang patut dan tak patut wanita buat. Perempuan tak boleh buat ni, perempuan tak boleh buat tu. Dah nak masuk 2020, sampai bila nak ada mentaliti macam ni?
Haa.. Sebab tulah MAGGI® CukupRasa™ melancarkan satu kempen yang dikenali ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, yang bertujuan mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu golongan ini belajar dan berkembang maju.
Nak masuk tahun 2020 ni, kami recap sikit 4 ikon wanita untuk memberi inspirasi buat korang kat luar sana. Kisah kejayaan dan kehidupan mereka ni bukan sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita tau. Baca sampai habis, mana tau boleh boost semangat korang menjelang tahun baru ni!
Tagline “It’s done” Eina Azman, suntik semangat wanita untuk memasak!
Siapa tak kenal Datin Eina Azman ni. Walaupun kurang dilihat di kaca televisyen kebelakangan ini, dia sebenarnya sibuk memberi tumpuan kepada keluarga dan bisnes skincare sendiri iaitu Nea Beauty Care Malaysia.
Namun begitu, kemunculan Eina Azman di Instagram sentiasa dinantikan peminat dan followers kerana kesungguhannya berkongsi kaedah dan resepi masakan terbaru dengan cara yang menghiburkan.
Eina berkata ramai tak menyangka dia berbakat dalam bidang masakan dan turut mengakui pada mulanya dia tak pandai memasak. Namun, berkat kesungguhan dan tak berputus asa untuk belajar dari ibunya, kini, Datin Paduka Eina Azman dah jadi jaguh memasak dan merupakan chef favourite suaminya!
Ketika ditanya apakah faktor yang mendorongnya untuk terjun ke dunia perniagaan dan mencuba sesuatu yang baru, dia menjelaskan yang dia memang sukakan cabaran dan buat sesuatu yang boleh mencabar kemampuan dirinya. Baginya, kalau tak cuba, kita takkan tahu hasilnya. Jadi, kalau nak buat sesuatu kena yakin. Fikir dalam-dalam dan go for it!
Ibu tunggal terbang di awan
Tugas sebagai jurulatih penerbangan menjadikan saya sentiasa sibuk dan kadang-kala sukar mencari masa bersama anak-anak.
Bergelar ibu tunggal dan membesarkan 3 orang cahaya mata bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ini semua bukan penghalang buat Kapten Mardiana Razali, jurulatih penerbangan di Layang-Layang Flying Academy.
Mardiana yang pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera berpangkat Mejar TUDM menjelaskan dengan status dan pekerjaan yang dilakukan, dia kadang-kala sukar mencari masa bersama anak-anak.
Kapten Mardiana juga berasa bernasib baik kerana ibu bapanya membantu menjaga anak-anak ketika dia bekerja. Tak mahu menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk mengetepikan masa berharga bersama anaknya, dia akan pastikan dia dapat masak serta hidangkan makanan untuk keluarga pada hujung minggu.
Dia turut berkongsi kegembiraan apabila melihat kerjayanya yang didominasi kaum lelaki sebelum ini semakin banyak diisi wanita. Ini jelas membuktikan wanita semakin diterima dalam bidang yang mencabar dan dia percaya wanita berupaya menjalankan tugas setanding lelaki.
Homeschooling bentuk anak mengikut acuan sendiri
Idea ini tercetus kerana pengalaman saya sendiri. Ibu bapa saya sibuk dan masa saya banyak dihabiskan di rumah nenek.
Berbeza pula dengan Hafiza Abd Rahman yang rela menolak tawaran kerja dengan gaji yang lumayan demi membesarkan dan menyekolahkan anak-anaknya di rumah. Menurutnya, keputusan yang diambil mendapat kebenaran suami dan kerana kesungguhan yang ditunjukkan Hafiza untuk mendidik anak mereka.
Tambah Hafiza, perkara yang menguatkan semangatnya untuk teruskan persekolahan di rumah ialah apabila melihat perbezaan dan peralihan zaman. Jika dulu ibu bapa boleh memaksa anak-anak mengikut keinginan mereka tetapi sekarang mereka seharusnya melihat kecenderungan dan minat anak.
Zaman sekarang bukan seperti dulu. Ibu bapa harus bertanya minat anak dan jangan sesekali memaksa mereka mengikut kehendak ibu bapa.
Baginya perkara yang paling sukar untuk homeschooling ialah untuk membuat jadual waktu serta mendisiplinkan anak-anaknya kerana perkara ini turut mencabar emosinya. Tapi selepas 15 tahun, dia berbangga dengan pencapaian anak-anaknya.
Anak bongsunya Adany Aurora Hydeaki, 11, sedang menjalani peperiksaan persediaan untuk sijil O Level. Manakala anak sulungnya Kirua Hakimy, 15, anak kedua, Ashyekin Rei Hikaru, 13, dan anak ketiga, Afiqah Yunaru, 12, sedang membuat persediaan peperiksaan A Level.
Di samping itu, anaknya turut berkemahiran dalam tarian balet dan seni mempertahankan diri seperti Taekwondo, Karate, Aikido, Brazilian Jiu Jitsu, Judo dan Wushu. Mereka juga mengikuti seni muzik dan mendapat pensijilan akreditasi Trinity College London (Trinity) dan Royal School of Music, United Kingdom (ABRSM). Mereka juga menyertai pelbagai kelas bahasa seperti bahasa Inggeris, Mandarin, asas bahasa Jepun, Sepanyol dan Perancis.
Mengakui kewangan turut menjadi kekangan membesarkan anak-anak, Hafiza bersyukur kerana suaminya memberi restu untuk bekerja di rumah sebagai pereka laman web dan penulis. Dia turut berperanan sebagai Pengarah Urusan HappyMindz, menawarkan pelbagai aktiviti inovatif seperti tarian balet, jazz, hip hop dan tradisional, klinik perundingan pendidikan, pembelajaran sains, lukisan, kesenian, drama, muzik (piano dan gitar) dan kelas seni mempertahankan diri.
Sebagai ibu dan guru sepenuh masa, dia mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental agar berada dalam keadaan baik bagi menguruskan anak-anak. Ini kerana apabila anak-anak meningkat remaja, kualiti pemakanan dan kesihatan perlu diubahsuai mengikut aktiviti agar seiring dengan matlamat yang ingin dicapai anak-anak.
Jangan pernah ada rasa putus asa dalam diri
Pernah ada satu tahap, kereta saya ditarik, kedai dikunci, bayaran sewa rumah tertunggak 9 bulan dan duit di dalam poket hanya tinggal RM5 je.
Hampir satu dekad dalam dunia bakeri, Siti Saleha Idris ataupun dikenali sebagai Anne Idris kini boleh dikatakan berada dalam tahapnya yang tersendiri. Dia tak pernah menyangka dia mampu menjual sekotak kek pada harga ratusan ribu ringgit dan mempunyai pelanggan dalam kalangan VIP seperti Perdana Menteri Malaysia dan Raja Arab Saudi iaitu King Salman.
Pemangkin kepada kejayaannya hari ini ialah ibu, keluarga dan mentornya iaitu arwah Dato Wira Maznah yang merupakan pendorong utamanya yang tak pernah jemu memberi sokongan sehingga dia sampai ke tahap ini.
Pengalaman menyakitkan yang dialaminya apabila modal berjumlah RM130,000 habis begitu saja dalam masa tiga tahun. Ditambah pula dengan keretanya yang ditarik, kedai dimangga kerana tak mampu bayar sewa dan perniagaannya merudum. Semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri yang kurang ilmu dan kemahiran dalam perniagaan. Namun, kini semuanya sudah jauh berbeza permulaan kegagalannya membantunya
Anne Idris menasihatkan wanita di luar sana supaya jangan mudah berputus asa dan beranikan diri untuk keluar dari zon selesa, kerana tak ada kejayaan tanpa kerja keras dan tawakal. Tak ada tapi, tak ada nanti. Teruslah buat sesuatu tanpa alasan.
Cabar diri keluar daripada zon selesa, kalau bukan sekarang bila lagi?
Bila dah keluar dari zon selesa, barulah korang tahu kebolehan dan kenal potensi diri sendiri. Kalau tak cuba, mana nak tahu setakat mana kemampuan diri korang kan? Tak Kenal, Tak Cinta, samalah macam MAGGI® CukupRasa™!
Kisah 4 ikon wanita ni pastinya dapat memberikan inspirasi untuk korang keluar daripada zon selesa dengan mencabar diri sendiri. Tapi korang kena pastikan, sesibuk mana pun kehidupan seharian pastikan orang yang tersayang dapat merasai air tangan masakan korang.
Nak hidangan rasa lebih lazat jangan lupa tambah MAGGI® CukupRasa™ dalam setiap hidangan. Kalau korang nak tau, MAGGI® CukupRasa™merupakan teman terbaik untuk korang apabila memasak kerana membantu masakan menjadi lebih enak! Bahan MAGGI® CukupRasa™ yang lengkap dengan bawang segar, rempah-ratus serta rasa ikan bilis dijamin boleh melazatkan lagi masakan korang.
Tak kisahlah sayur campur goreng, mi goreng, nasi goreng, ikan goreng mahupun telur dadar, tak perlu tambah garam, cuma taburkan MAGGI® CukupRasa™ dalam masakan dan rasai sendiri bagaimana ia menaikkan lagi rasa apa jua masakan korang!
Lepas ni nak memasak pastikan ada MAGGI® CukupRasa™ kat sebelah, barulah masakan lebih sedap dan ikatan kekeluarga semakin erat.
Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI® CukupRasa™ layari je www.maggi.com.my atau Facebook MAGGI Malaysia.