
Usahawan dan selebriti popular Neelofa meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki terbesar memiliki dua orang cahaya mata lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Perjuangan Demi Mencintai Al- Quran’ – Neelofa Belajar Bahasa Arab
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Kerana Niqab – ‘Mereka Akhirnya Rayu Semula Dengan Tawaran Berganda’
Rezeki ada anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, mempersoalkan jika dirinya cukup bersyukur atas rezeki memiliki zuriat.
Ujar Neelofa, kedua cahaya matanya bukan sahaja sekadar memberi kebahagiaan namun merupakan amanah terbesar daripada Allah.
Alhamdulillah atas anugerah dua cahaya mata.
Kadang-kadang saya terfikir, cukup ke rasa syukur yang diluahkan pada Allah di saat masih ramai yang sedang berusaha mendapatkan anak.
Bilal dan Abbas adalah peringatan harian saya bahawa mereka merupakan rezeki yang tulus daripada Allah.
Bukan sahaja sekadar sumber kebahagiaan, namun amanah yang membuatkan saya berpijak di bumi nyata.
Pengorbanan seorang ibu
Dalam pada itu, Neelofa akui tidak mudah membesarkan dua orang cahaya mata lelaki namun percaya ganjaran yang dijanjikan Allah.
Ujarnya lanjut, dia berharap agar berjaya menjadi ibu yang terbaik sebagai pembimbing anak-anak.
Membesarkan mereka bukan lah sesuatu yang mudah.
Penat, susah, turun naik, hari yang meletihkan, menyerabutkan dan hari yang menggembirakan.
Semuanya adalah sebahagian daripada perjalanan.
Setiap satunya, ada ganjaran pahala di sisi Allah.
Pada akhir perkongsian, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail turut berdoa agar wanita yang masih berusaha dikurniakan zuriat dengan cara paling terbaik.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumber: Instagram @neelofa