berita

Bilik Macam Kena Pecah, Adam Shahz Kongsi Pengalaman Keluarga Inap Hotel ‘Misteri’ Di Melaka

November 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kebanjiran pendatang asing yang bekerja di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Walaupun kehadiran mereka ke Malaysia hanya untuk bekerja, beberapa kes jenayah melibatkan pendatang asing ini sedikit sebanyak membimbangkan rakyat tempatan.

Seperti pengalaman yang dihadapi keluarga pelakon Adam Shahz, percutian keluarganya dari Singapura itu bertukar menjadi tragedi hitam apabila bilik penginapan mereka di hotel telah dimasuki individu tidak dikenali.

Pernah berlaku pada keluarga aku

Diberi bilik tingkat paling atas

Mula timbul rasa curiga apabila keluarga adik ipar Adam Shahz itu diberi bilik penginapan di aras paling atas bangunan hotel berkenaan sedangkan ketika itu tidak ramai pengunjung. Keadaan bilik mereka berselerak sepertinya telah dimasuki orang setelah keluarga ini pulang dari menikmati makan malam.

Malam itu juga terus check out

Malah, difahamkan semua pekerja di hotel berkenaan adalah bukan dari warganegara Malaysia. Rata-rata pekerja adalah dari Bangladesh dan Indonesia. Hanya seorang staf di kaunter reception itu sahaja warga tempatan.

Manager suruh beritahu CCTV rosak

Bertambah curiga apabila keluarga ini menyedari seorang lelaki dipercayai Bangladesh sudah mengikuti mereka hingga ke kedai makan dan individu itu juga adalah orang yang sama mengikuti mereka hingga ke bilik.

Lebih menimbulkan kemarahan lagi apabila keluarga ini meminta untuk memeriksa kamera litar (CCTV) tetapi diberi alasan CCTV rosak oleh pengurus itu. Adam Shahz turut menasihati sekiranya anda menghadapi situasi cemas sebegini, anda perlu segera melaporkan ke pihak polis untuk datang ke penginapan berkenaan dengan kadar segera.

Sumber: Adam Shahz

SKIP THIS AD ×