
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya semasa berada di asrama ketika di bangku sekolah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazley Yaakob Tepis Dakwaan Dekati DSV Kerana Harta – ‘Kalau Orang Tengok Latar Belakang Keluarga Saya…’
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Mohon Maaf Isu Konten Bersama DSV – ‘Sebagai Bakal Imam, Saya Akan Usaha Mencerminkan Contoh Yang Baik’
Pengalaman di sekolah

Menerusi hantaran di Threads, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, mendedahkan dia pernah berdepan dengan kebimbangan menjadi mangsa buli.
Menurut Fazley, rasa itu timbul selepas mendakwa melihat sendiri kejadian buli membabitkan pelajar junior, sehingga dia mengambil keputusan untuk pindah dari sekolah tersebut.
Saya dulu pernah duduk Asrama, akhirnya keluar sebab khuatir dibuli juga sebagai junior.
Bila tengok ada junior kena buli sampai mulut dimasukkan seluar dalam sendiri, saya minta ibu bapa pindahkan saya.
Pengalaman tersebut telah mendorong Fazley untuk mempelajari seni mempertahankan diri sebagai persediaan sekiranya berdepan dengan situasi sama.
Saya mula belajar seni mempertahankan diri, niat untuk pukul sahaja sesiapa yang nak buli saya atau kawan-kawan.
Justeru, pelantun lagu Asmara Ini itu berpendapat, aspek pencegahan buli perlu diberi perhatian dengan lebih serius.
Tapi bila dikenang semula, mangsa buli sebenarnya tak ada cara untuk mengadu sehinggalah sudah terlambat.
Ketika ini, mencari cara pencegahan lebih penting dari mencari cara untuk mengukum pembuli.
Sumber: Threads








