Sekadar gambar hiasan
Seorang guru di Amerika Syarikat dipercayai meletakkan anaknya yang positif Covid-19 ke dalam but kereta kerana bimbang dirinya akan dijangkiti virus berkenaan jika duduk dengan jarak yang dekat.
Letak anak dalam but kereta sebab positif Covid-19
Foto kredit : Sky News
Guru terbabit dikenali sebagai Sarah Beam ditahan oleh pihak polis berhubung kejadian berkenaan. Sarah memberi alasan kerana dia ingin melindungi dirinya daripada terdedah kepada virus Covid-19 semasa dia bersama anaknya yang berusia 13 tahun itu. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke pusat kesihatan di Stadium Pridgeon untuk mengesahkan ujian saringan.
Dalam pada itu, terdapat seorang saksi yang bertindak menghubungi pihak polis selepas dia terdengar suara dari dalam but kereta milik guru terbabit.
Susulan daripada itu, Sarah mengakui bahawa perbuatannya itu salah dan akan didakwa dengan tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak. Sarah yang bekerja sebagai guru di Sekolah Tinggi Cypress Falls itu telah digantung tugasnya buat sementara waktu.
Anaknya berada dalam keadaan baik
Sekadar gambar hiasan
Menerusi satu kenyataan dari Jabatan Polis ISD Cy-Fair, penguatkuasa undang-undang yang menjalankan siasatan penuh terhadap kejadian berkenaan telah mengeluarkan waran tangkap dan remaja terbabit berada dalam keadaan baik.
Menurut Sarjan Richard Standifer dari Jabatan Keselamatan Texas, remaja lelaki itu boleh mengalami cedera parah jika berlakunya sebarang kemalangan.
Saya tak pernah dengar lagi orang diletakkan dalam but kereta hanya kerata mereka didapati positif Covid-19 atau tak kisahlah penyakit apa sekali pun.
Sumber : BBC