Bulu ketiak bukan sahaja mempengaruhi penampilan, malah turut memberi kesan kepada kebersihan diri, kerana ia boleh menjadi tempat terkumpulnya peluh dan bakteria yang menyebabkan bau badan serta ketidakselesaan.

Artikel Berkaitan: Seimbangkan Kerja & Rehat, Ini Tips Elak ‘Burnout’

Artikel Berkaitan: Mandi Malam, Mitos Atau Memang Bahaya? Ini Penjelasan KKM

Mencukur boleh menyebabkan ketiak gelap?

Salah satu kelebihan membuang bulu ketiak ialah dapat mengurangkan bau tidak menyenangkan, kerana kawasan itu mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.

Terdapat pelbagai kaedah untuk membuang bulu ketiak, termasuk waxing, rawatan laser atau penggunaan krim penanggal bulu.

Namun, cara paling mudah dan menjimatkan kos untuk membuang bulu ketiak ialah dengan mencukur. Walaupun begitu, mencukur terlalu kerap boleh menyebabkan kulit di kawasan ketiak kelihatan lebih gelap, terutamanya jika teknik yang betul tidak digunakan.

Oleh itu, langkah pertama ialah memastikan kulit di kawasan ketiak dibasahkan sebelum mencukur. Mencukur pada kulit kering boleh meningkatkan risiko luka dan iritasi, yang akhirnya mungkin meninggalkan kesan gelap.

Dengan melakukan pencukuran secara perlahan dan berhati-hati, anda dapat mengurangkan risiko kesan sampingan serta mengekalkan kulit ketiak yang halus dan sihat.

Pemilihan alat cukur yang sesuai juga amat penting bagi memastikan keselamatan semasa digunakan. Pastikan bilahnya tajam, bersih dan bebas karat untuk memudahkan proses mencukur serta meminimakan risiko iritasi pada ketiak.

Langkah seterusnya ialah dengan menyapukan sedikit gel atau losyen pelembap sebelum mula mencukur. Ini membantu melembutkan bulu dan memudahkan bilah meluncur dengan lancar, terutamanya bagi kulit ketiak yang kering atau sensitif.

Selepas mencukur, sapukan pelembap seperti losyen atau krim dan urut perlahan-lahan untuk mengekalkan kelembapan, mencegah kekeringan serta memastikan kulit kekal sihat dan lembut.

Akhir sekali, pastikan bilah cukur diganti secara berkala dan buang bilah yang tumpul atau berkarat bagi mengurangkan risiko luka pada ketiak.

Sumber: Wanista