berita

Bina Masjid RM1.2 Juta Untuk Orang Kampung, Pasangan Aeril & Wawa Dipuji Netizen

July 27th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memaklumkan akan mendirikan masjid di kampung halaman Aeril, 33, di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor. Masjid itu dijangka akan siap tidak lama lagi selepas produk terbarunya terjual di pasaran. Tindakan mulia pasangan ini mendapat pujian ramai yang rata-ratanya tumpang gembira dengan berita baik ini.

Tiada niat menunjuk

Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid berkapasiti 700 orang itu akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.

Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.

Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan  produk berkenaan.

Menurutnya lagi, hasil produk baru ini akan disalurkan sepenuhnya untuk pembinaan masjid. Mengakhiri temubual tersebut, Aeril memberitahu dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya hanya sekadar berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Dipuji Siti Nurhaliza

Hajat pasangan tersebut turut dipuji oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Orang ramai mendoakan agar urusan mereka berdua dipermudahkan.

Netizen puji

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×