berita

Bincang Kesan Pandemik Kepada Umat Islam, Musim Baharu Halaqah Lebih Padat & Menarik

October 4th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018, Halaqah kini kembali dengan kupasan topik yang lebih menarik di samping para ilmuan jemputan pada setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober ini.

Kupasan topik kali ini lebih menarik menyentuh isu-isu semasa yang kini melanda kehidupan kita di Malaysia dan juga turut melibatkan seluruh dunia seperti pandemik Covid-19.

Perang lawan pandemik

Bertemakan “Perang Melawan Pandemik, Belajar Dari Palestin”, Halaqah akan dikemudi oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman sebagai Siarawan, Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin sebagai Bintang Ilmuwan, Ustaz Mohamad Zarifi Daud sebagai Pakar Analisis dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali sebagai Indikator program.

Menarik untuk tahun ini, Halaqah turut mengundang penggiat seni tanah air di samping para ilmuan negara yang terdiri  daripada pakar-pakar pelbagai bidang dan juga penggiat seni. Antara tetamu istimewa yang menghiasi Halaqah kali ini ialah Profesor Dr. Fariza Md. Sham, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Profesor Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Ustazah Noradilah Mohd Sapie, Ustaz Mohd Erfino Johari, Fedtri Yahya, Lah Ahmad, Datuk Rosyam Nor & Saharul Ridzwan.

13 episod menarik

Musim baharu Halaqah kali ini membawa 13 episod dengan topik-topik terbaik berkait dengan impak daripada dua peristiwa ini untuk dipelajari dan difahami oleh penonton. Menerusi episod pertama, Halaqah akan membawa topik “Vaksin Untuk Hidup” yang akan dikupaskan oleh pakar ilmuan Dato’ Dr Danial Zainal Abidin bersama panel analisis Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan juga indikator Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Ia mengupas tentang mereka yang masih lagi mempercayai teori konspirasi yang hanya berdasarkan kepada media sosial yang tidak sahih dan bukan daripada mereka yang pakar. Episod kedua lebih unik dengan topik “Rumah Kosong” bersama jemputan istimewa Lah Ahmad. Topik ini menceritakan tentang kesan besar terhadap rumah ibadat yang menjadi kosong akibat Covid-19 dan membuatkan kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP, PKPB, PKPD dan PKPP).

Teruskan bersama Halaqah untuk mendengar topik-topik istimewa pada setiap Ahad, pukul 10.30 malam bermula 3 Oktober 2021 yang diterajui oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman selaku penerbit dan dibantu oleh penolong penerbit Amani Ahmad @ Ayub & Nor Nazdirah Mohd Nasir. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

SKIP THIS AD ×