berita

‘Bini Kau Macam Tuala Bro’ – Tak Cukup Di Gelanggang, McGregor & Khabib ‘Bertinju’ Di Twitter

April 4th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Pertelingkahan antara dua bintang seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor memuncak Oktober tahun lalu apabila Conor mempersenda pegangan agama Khabib sebagai seorang Muslim.

Terbaru, babak ‘pertarungan’ mereka berlanjutan di Twitter sehingga mendapat perhatian peminat seluruh dunia yang terkesan dengan pos dimuatnaik kedua-dua mereka.

Muatnaik foto perkahwinan isteri Khabib

Pada mulanya Khabib membandingkan musuh tradisinya itu sebagai ‘isteri yang cemburu’. Conor kemudiannya memuatnaik gambar perkahwinan Khabib dengan isterinya bertutup litup burka. Conor menyamakan isteri Khabib itu sebagai ‘tuala’.

Tweet itu mencetuskan kemarahan peminat Khabib dan Muslim seluruh dunia yang melabelkan Conor sebagai rasis dan Islamofobia.

Setelah menerima kecaman hebat netizen sedunia, tweet Conor itu kemudiannya dipadamkan dari akaun Twitter rasminya, @TheNotoriousMMA.

Respon Khabib

Khabib kemudiannya membalas tweet lawannya itu dengan serangan balas menggelar Conor sebagai perogol. Untuk rekod, Conor masih dalam siasatan atas dakwaan serangan seksual ke atas seorang wanita di Dublin, Ireland.

Orang kuat Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mengeluarkan kenyataan supaya kedua-dua bintang itu menghentikan persengketaan antara mereka.

Jumpa di Octagon

Conor tidak lama selepas itu mengundur diri dan membuat keputusan untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan dengan peminat dari kepercayaan serta latar belakang. Conor juga seperti menujukan tweet berkenaan untuk bersua Khabib di Octagon.

Kenyataan bercanggah pengumuman bersara

Ayat untuk berjumpa dengan Khabib di Octagon sekaligus menafikan pengumumannya yang dikatakan akan bersara.

Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan Oktober lalu di Las Vegas yang dicemari insiden pergaduhan di tepi gelanggang.

Sumber: Berita Harian, FTW, Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor 

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.