Di Amerika Syarikat, seorang bintang Youtube sanggup bertindak kejam dengan membuang dua bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah. Lagi menyedihkan, apabila bayi tersebut dibiarkan sehingga mati tanpa pengetahuan sesiapa. Kejam!
Sembunyikan kehamilan
Foto: Mirror UK
Memetik laporan Mirror UK, Alysaa Dayvault, 31, menyembunyikan kehamilannya dari semua orang termasuk teman lelaki dan ibunya. Menerusi siasatan pihak polis, kedua dua bayi tersebut masih hidup ketika dilahirkan pada tahun 2017 dan 2018.
Dia yang terkenal sebagai bintang artis solekan Youtube didapati bersalah atas tuduhan membunuh dua bayinya yang baru lahir dengan membuangnya ke dalam tong sampah, dan dibiarkan sehingga mati. Pada mulanya, Alysaa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun pihak hospital mengesyaki di mana keberadaan anaknya ketika itu.
Saya sangat takut, saya tidak tahu. “Saya tidak berfikir. Saya tidak mempunyai penjelasan
Ketika disoal siasat, Alysaa mengakui dia melahirkan bayi tersebut di dalam bilik mandi sebelum dia bertindak membuang bayi tersebut. Bayi yang ditinggalkan olehnya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dicekik mahupun didera terlebih dahulu. Pada 2017, Alysaa membuang anak sulungya di tong sampah yang ketika itu masih lengkap bertali pusat. Manakala, anak keduanya yang lahir pada tahun 2018 turut menerima nasib yang sama.
Motif kejadian
Gambar sekadar hiasan
Hasil siasatan mendapati Alysaa berbuat demikian kerana teman lelakinya tidak menginginkan dia hamil dan dia pada masa yang sama takut dimarahi oleh ibunya kerana mereka masih belum berkahwin. Ketika perbicaraan pihak hakim tetap menetapkan bahawa dia bersalah dan dikenakan dua tuduhan pembunuhan kerana penderaan kanak-kanak.
Alysaa menyerah di di balai polis di Myrtle Beach, Amerika Syarikat setelah pihak polis giat memburu suspek pembunuhan dua bayi tersebut. Kini, dia telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun tanpa sebarang pembebasan.
Sumber: Mirror UK