berita

‘Biorlah Laki Teman Nak Cium..’ – Makcik Bawang ‘Sound’ Terlampau Over Lepas Kahwin, Ini Respon Kelakar Elly Mazlein

February 12th, 2020 | by Shafika
Lensa Insta

Sejak selamat bergelar isteri kepada cikgu Geografi, kehidupan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom semakin dilihat bahagia. Yelah selepas pelbagai liku kehidupan yang dilaluinya, akhirnya seorang lelaki yang bergelar suami hadir di dalam hidup pelakon tersebut.

Segala aktivitinya sering dikongsi kepada peminatnya menerusi saluran ‘Youtube Channel‘ milik. Namun, perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang makcik bawang ini. Ini respon kelakar Kak Lina Pom Pom. Lawak sungguh!

Cukup cukup lah cerita pasal kahwin kau

Jangan nak mengada-ngada sangat asyik viral kisah engkau je. Baru kahwin semuanya tak indah. Tak malu ke cerita kisah kahwin engkau. Geli and gedik lebih-lebih.

Tidak berpuas hati dengan kebahagiaan ditonjolkan Kak Lina Pom Pom, makcik bawang ini meminta agar Kak Lina hentikan perkongsian mengenai rumah tangganya. Tambahnya lagi, pelakon ini terlebih gedik selepas kahwin. Dia turut akui meluat tengok Kak Lina yang sering mengedik-gedik katanya.

Walau bagaimanapun, makcik itu sudah memohon maaf selepas diserang netizen di ruangan komen. Menurutnya kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi dan dia berasa kesal atas komen kasarnya.

Biorlah laki teman nak cium

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Kita ni orang Perak tak suka gaduh-gaduh. Nak-nak kita ni dah campur orang Kelate. Tokse gaduh gaduh. Biarlah lelaki teman cium belakang tengkuk, dah lama tak merasa.

Kak Lina membidas kembali kritikan dibuat makcik tersebut dengan caranya tersendiri. Pecah perut kami dengar. Walaupun video ini dibuat secara gurauan, namun ianya jelas ditujukan buat makcik tersebut agar tidak masuk campur hal dirinya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon itu yang menggayakan watak ala-ala ‘Minah’ di dalam drama bersiri Kampung People. Aduh lawak sungguh!

Sumber : iamellymazlein,

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×