berita

Bisnes Online Jadi Pemangkin Kejayaan Usahawan Wanita

March 15th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Seiring dengan kepesatan teknologi dan perkembangan eDagang di Malaysia, semakin ramai usahawan khususnya penjual wanita beralih kepada ekonomi digital. Potensi dan kemudahan yang luas untuk memulakan perniagaan menerusi platform eDagang seperti Lazada  berjaya membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Malahan kini, kaum wanita memiliki 20.6% perniagaan di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak RM69.1 bilion kepada KDNK negara pada 2021 (1). Wow!

Rujukan:

1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/08/12/medac-empowers-women-entrepreneurs-with-e-commerce-skills

Kata Iv Ho, Pengurus Jualan Lazada Malaysia, ramai wanita pada mulanya menggunakan Lazada untuk kekal bertahan semasa pandemik. Hari ini, wanita telah menguasai ruang digital dan memanfaatkan platform Lazada untuk mewujudkan jenama online mereka.

“Jika pada suatu masa dahulu wanita menjalankan perniagaan kerana beberapa kekangan dari segi kelulusan pelajaran, pengangguran, kehilangan tempat bergantung, kini kita dapat lihat dengan jelas evolusi yang berlaku sejak tahun 2000-an telah mengubah landskap semasa dimana ramai usahawan wanita yang menceburkan diri dalam pasaran digital telah berjaya mencapai impian mereka.

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini, Lazada telah menganjurkan edisi kedua Lazada Forward Woman Awards 2022 (LFWA) demi mengiktiraf dan meraikan kejayaan usahawan wanita di Asia Tenggara yang telah menyumbang kepada keluarga, komuniti dan ekonomi tempatan mereka melalui e-Dagang.

Kalau sebelum ini LFWA hanya mempunyai 3 kategori anugerah, tetapi tahun ini LFWA menyediakan tambahan empat kategori baharu dalam tujuh kategori yang telah mengiktiraf sejumlah 18 orang usahawan wanita. Bukan itu sahaja,  LFWA 2022 buat julung kalinya menobatkan usahawan wanita daripada Malaysia iaitu Kong WT pemilik Big Care Mart sebagai penerima anugerah LFWA Woman of the Year dan Nurul Izzan Zamzuri daripada Niz Craft pula memenangi anugerah  LFWA Creative Award.

Tahun ini, LFWA menampilkan tujuh kategori anugerah, dengan kemunculan semula kategori Creative, Enterprising dan Inspiring, di samping kategori baharu seperti Rising Star, Bricks to Clicks Tech Adopter, Social Star dan anugerah paling berprestij iaitu Lazada Forward Woman of the Year Award.

Pengiktirafan tinggi iaitu Lazada Forward Woman of the Year Award telah dianugerahkan kepada enam penjual dari setiap negara di mana Lazada beroperasi.

Menurut Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Group, pencapaian hebat penjual wanita di seluruh Asia Tenggara menerusi ekosistem perdagangan digital merupakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Para penjual di Lazada semakin berdaya maju dan terus berinovasi, malah mereka juga terus berusaha mengadaptasikan perniagaan mereka dalam persekitaran eDagang, demi memenuhi keperluan pelanggan dan menyerlahkan tawaran produk.

“Kami berasa bangga kerana Lazada dapat berganding bahu dengan mereka untuk memajukan bisnes, selaras dengan usaha Lazada untuk membina dunia perniagaan yang lebih inklusif dan penuh kepelbagaian”, tambahnya.

Manakala, bagi pemenang LFWA Woman of the Year, Kong Wai Theng, membuka kedai dalam taliannya di Lazada adalah salah satu keputusan perniagaan terbaik yang pernah dilakukan selepas bergelut dengan masalah kewangan selepas melahirkan anak ketiga.

Walaupun mengalami beberapa cabaran pada mulanya, beliau akhirnya dapat memahami alatan penjual di Lazada dan ia telah membantu memudahkan operasi perniagaan serta membolehkannya mempunyai masa untuk keluarga.

”Saya amat berterima kasih di atas anugerah ‘Lazada Forward Woman of The Year’ (Malaysia). Setelah mengalami sendiri impak positif lantaran usaha mendigitalisasikan perniagaan kedai saya di Lazada pada tahun 2015, kini saya adalah pendukung eDagang.

“Saya menggalakkan semua usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam talian. Bagi kaum wanita yang berhasrat untuk memulakan perniagaan, teruskan usaha untuk mencari peluang dan tabah mengatasi cabaran. Sekiranya kita terus berusaha untuk memperbaiki diri, kejayaan pasti dapat dikecapi.” tambahnya.

Bagi pemenang LFWA Creative Award, Nurul Izzan Zamzuri pula, pada mulanya mengait merupakan hobi beliau sahaja sebelum menjadikan minat ini sebagai perniagaan. Beliau juga merasa bertuah kerana menjadi seorang usahawan wanita dalam era digital yang pantas di mana teknologi seperti eDagang mudah diakses untuk membantunya mengembangkan perniagaan dan menjangkau lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

“Bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan bisnes sendiri, amat penting untuk buat tinjauan dan cuba fahami sekiranya ada prospek atau permintaan terhadap produk tersebut. Jika ianya produk yang tepat, yakinkan diri bahawa pasti ada yang akan berminat untuk membelinya. Beranikan diri untuk mencuba dan beri komitment 100% demi menjadikan impian bisnes anda suatu realiti.” ujar beliau.

Kalau korang berminat untuk mengikuti jejak langkah usahawan-usahawan wanita hebat ini, korang boleh mendaftar di sini. 

Lazada perkasakan Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS) Tempatan

Selain menyediakan platform untuk para usahawan, Lazada juga sentiasa fokus dalam memajukan ekonomi digital Malaysia dengan pelbagai usaha dan alternatif seperti:

1. Menyediakan pakej rangsangan kepada peniaga PKS tempatan dengan menawarkan insentif:

  • sifar komisyen
  • baucar penghantaran percuma
  • akses penuh kepada rangkaian teknologi dan alatan inovatif Lazada

2. Menawarkan talian hayat digital kepada usahawan tempatan terutamanya penjual mikro melalui Pakej Pintar Niaga – pakej rangsangan Lazada untuk PKS 

3. Bekerjasama dengan pelbagai badan kerajaan untuk mempercepatkan pendigitalan PKS melalui kempen termasuk Kempen Shop Malaysia Online, Go-eCommerce dan Beli Malaysia.

4. Menawarkan Pakej Kickstarter Penjual Baharu: Kempen Hari-Harimau (HHM) yang bertujuan membina ekonomi digital yang inklusif dan menyokong penjual luar talian untuk mendigitalkan perniagaan mereka. HHM juga menawarkan faedah yang lebih besar seperti:

  • Tiada kos persediaan, 0% yuran komisen, 2% pengecualian yuran pembayaran dan khidmat penghantaran percuma
  • Kredit iklan percuma untuk penemuan tajaan bernilai RM150, dan trafik dan pendedahan eksklusif di laman kempen Hari-Harimau
  • Latihan dan sokongan platform di Universiti Lazada
  • Akses sebulan percuma kepada alat Pengurusan Penglibatan Pelanggan (CEM) premium Lazada yang membolehkan penjual terlibat secara proaktif dengan pelanggan melalui mesej tersuai dan meningkatkan penjenamaan mereka

Sejak 2012, Lazada sentiasa terkedepan dan kekal komited dalam memajukan dan mengukuhkan ekosistem eDagang Malaysia. Bukan itu saja, Lazada juga telah membantu ratusan ribu penjual PKS menjalankan kedai dalam talian mereka, di mana kebanyakan dari mereka adalah kaum wanita dari semua peringkat umur.

Diharap platform eDagang seperti Lazada kekal menjadi pemangkin dalam memperkasakan wanita untuk menjadi usahawan digital yang berjaya bukan sahaja dari rumah, malah sehingga ke serata dunia.

Bagi korang yang nak mendaftar dan menjadi sebahagian daripada usahawan wanita yang berjaya diluarsana, jom join dan jalankan bisnes online korang bersama Lazada hari ini juga. Klik SINI je.

SKIP THIS AD ×