berita

‘Bisnes Untung Juta-Juta, Tapi Gaji Bodyguard RM1k?’ – Aliff Syukri Cetus Kontroversi Lagi

November 15th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen, jutawan kosmestik Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah serik memuatnaik hal peribadinya di laman sosial. Sebelum ini, Aliff Syukri sendiri telah mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjuta-juta ringgit itu.

Terbaru, ada dakwaan mengatakan Aliff Syukri hanya membayar RM1k kepada pengawal peribadinya. Biar betul? Nak makan apa kalau sebanyak itu je gaji kan? Walaubagaimanapun Aliff Syukri menafikan dakwaan itu, katanya jangan fitnah kalau tak tahu perkara sebenar.

Bodyguard Aliff Syukri bergaji 1k?

Kalau tak tahu jangan fitnah – Aliff Syukri

Harap je nama lelaki tp mulut mcm betina! sesukaaa hati korang jee kan mulut yg mengata saya mcm longkang.. kalau tak tahu kebenaran plzz jangan menfitnah nanti jatuh berdosa.. esok bodyguard saya dtg sy mengadu dengan dia..

Datuk Aliff Syukri di instagramnya memuatnaik screenshot kecaman yang dilemparkan kepadanya. Benarkah dakwaan mengatakan Aliff Syukri hanya membayar RM1k kepada pengawal peribadinya? Macam tak logik pula kan? Kata Aliff Syukri, jika tidak tahu perkara sebenar elakkan komen kerana bimbang jatuh fitnah.

Apa-apa pun kita tunggu respon daripada Aliff Syukri sendiri.

sumber : aliffsyukriterlajaklaris

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×