berita

Bjak.my Diiktiraf Platform Perbaharui Insurans Kenderaan Terbesar Di Malaysia

October 9th, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Menawarkan lebih 10 jenama insurans, Bjak.my kini diiktiraf sebagai platform perbandingan pembaharuan insurans kenderaan secara atas talian pertama terbesar di Malaysia. Antara jenama insurans tersebut ialah Pacific & Orient, Allianz, Takaful Malaysia, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

Mencecah seramai 3 juta pengguna hanya dalam tempoh 6 bulan, Bjak.my kini semakin berkembang pesat.

Platform yang dipercayai

Menurut Pengurus Operasi Bjak.my, Khadira Ghalib, dengan menggunakan kelebihan dan kemudahan proses secara automatik, penyelesaian pembayaran bersepadu dan platform tuntutan secara online, Bjak.my mendapat kepercayaan pengguna kerana mudah digunakan dan keselamatan terjamin.

Tambah Ketua Pegawai Teknologi Bjak, Sujen Sathiyanathan, Bjak.my yang disokong oleh syarikat insurans terkemuka negara ini telah melakukan 15,000 sebut harga setiap hari kepada pelanggan. Sistem Bjak.my juga telah melalui banyak percubaan sebelum mencapai tahap kejayaan yang tertinggi dalam industri ini.

Pelanggan boleh jimat

Dengan insurans premium bervariasi sehingga 40% di antara syarikat insurans, Bjak.my telah membantu pelanggan mereka jimat lebih RM30 juta dalam tempoh 6 bulan. Setiap pelanggan dianggarkan menikmati penjimatan diantara RM50 hingga RM450 ketika membuat pembaharuan bersama Bjak.my bergantung pada premium asas. Penjimatan ini berlaku kerana adanya perbandingan harga yang ditawarkan.

Bjak.my juga menawarkan produk insurans komprehensif dari insurans kereta dan motorsikan melalui platform mobile friendly mereka. Pelanggan akan menerima sebut harga yang diinginkan dari 10 jenis insurans yang ada melalui saluran pilihan mereka sama ada melalui WhatsApp atau e-mel dalam masa 3 minit sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web https://bjak.my

SKIP THIS AD ×