berita

Block Date Siap-Siap! Jom ke Toyota Gazoo Racing Festival & GR Vios Challenge 30/9 & 1/10 Ni Di Sepang!

September 25th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Peminat-peminat motosport dah ready? Bermula 30 September & 1 Oktober 2023, musim ke-6 siri Toyota GAZOO Racing Festival dan GR Vios Challenge akan bermula di Litar Sepang!

Perlumbaan yang dah bermula dari 2017 ni mendapat sambutan lebih 18 juta penonton secara langsung dan juga penonton secara online.

Kalau korang nak tahu, GAZOO Racing menjadikan Toyota sebagai pelopor sukan permotoran di Malaysia sejak Festival Perlumbaan Toyota GAZOO yang diperkenalkan pada 2017.

GAZOO Racing Vios Challenge musim ke-6 bakal menampilkan 4 pemenang baru dalam kategori Rookie, Sporting, Super Sporting dan Promotional Classes.

Juara keseluruhan dalam kategori Sporting dan Super Sporting Classes akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan RM70,000 setiap seorang! Wow! Lebih dari setengah juta hadiah yang diberikan bagi menjadikan GR Vios Challenge ni sukan motosport paling meletop di Malaysia. Memang power!

Ia juga akan menyaksikan debut perlumbaan dikalangan pelumba terkemuka dan juga selebriti-selebriti Malaysia dimana mereka akan bertarung menggunakan kereta yang sama iaitu kereta Toyota Vios yang telah diubah suai. Dengan format ini, mereka akan diuji melalui skill pemanduan masing-masing.

Ha jadi,  korang rasa siapa yang akan menjadi juara keseluruhan untuk musim ni?

Korang juga boleh layan Tempatan fest, konsert dan meet and greet dengan para pelumba! Excitednya!Toyota Gazoo Racing

Memang penuh dan padat dengan aktiviti, sambil-sambil korang datang nak tengok race, korang boleh juga menjenguk ke ruangan festival.

Selain daripada korang boleh bergambar dan jumpa pelumba-pelumba tempatan, korang boleh juga usha merchandise dan pelbagai jenis vendor pakaian, makanan serta minuman di Tempatan Fest!

Toyota Gazoo Racing

Selain tu, ada juga concert yang korang boleh layan. Menampilkan pelbagai artis Hip-Hop seperti KMY KMO, Luca Sickta dan OAG di hari pertama. Manakala hari kedua pula, menampilkan Iqbal M,16 Baris featuring Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA

Masuk percuma!

Paling best masuk adalah percuma! Jadi guys, jangan lepaskan peluang untuk ke festival ni! Race, Rock dan Rap semuanya di satu tempat!

Memang festival ni merupakan port terbaik untuk korang lepak dengan kawan-kawan korang dan menjadi sebahagian daripada event motosport yang paling gempak di Malaysia! Bukan senang nak ada event macam ni dekat Malaysia kan?

Korang boleh klik link INI untuk register ke GAZOO Racing. Untuk maklumat lanjut mengenai festival ni pulak korang klik je link dekat SINI atau ke Facebook dan Instagram Toyota GAZOO!

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×