Filem aksi, Blood Brothers bakal ditayangkan di pawagam bermula 10 April ini dengan adegan yang penuh intensiti dan pertempuran mendebarkan.

Artikel Berkaitan: Ramadan Pertama Tanpa Bapa, Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu – ‘Takkan Pernah Sama & Surut’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle & Mimi Lana Rahsiakan Nikah Sebab Hormat Permintaan Keluarga, Rancang ‘Honeymoon’ Selepas Raya Aidilfitri

Filem aksi

Filem ini mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle) yang dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam perjalanan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad).

Dalam pada itu, treler rasmi Blood Brothers telah dilancarkan di media sosial dengan berdurasi selama 2 minit 16 saat.

Treler filem aksi ini telah mengegarkan media sosial dengan sinematografi yang mengagumkan dan jalan cerita yang sarat dengan mesej.

Blood Brothers juga mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya.

Filem hebat ini menampilkan barisan pelakon hebat dan fenomenal Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh dan Amelia Henderson.

Tidak ketinggalan, arahan hebat oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta hasil nukilan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain.

Dengan barisan pelakon yang hebat, filem ini dijangka menjadi filem aksi paling meletup tahun ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan treler rasmi Blood Brothers yang kini boleh ditonton di semua platform media sosial Primeworks Studios & Skop Productions.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.