

Filem pecah panggung Blood Brothers: Bara Naga sekali lagi mencipta kejutan apabila berjaya mencatat kutipan luar biasa yang kini mencecah RM50 juta selepas 14 hari tayangan termasuk tayangan awal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Blood Brothers ‘Shooting’ Hanya 64 Hari, Pasukan Sinematografi Raih Pujian – ‘Tiga Bulan Saja? Memang Gila’
Artikel Berkaitan: Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’
RM50 juta!

Sejak mula ditayangkan, pelbagai reaksi dan maklum balas positif membanjiri media sosial. Malah, ada penonton yang sanggup kembali ke pawagam semata-mata untuk menyaksikan semula babak paling viral iaitu babak pembukaan 10 minit pertama yang katanya tidak boleh dilepaskan!
Turut berkongsi mengenai kejayaan ini, pengarah bersama, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga.
Kami amat bersyukur melihat kutipan yang terus meningkat dan kini mencapai tahap yang begitu luar biasa.
Ini semua tidak akan berlaku tanpa sokongan padu daripada penonton Malaysia. Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong filem ini dari awal hingga sekarang.
Keterujaan penonton membuktikan satu perkara yang tidak dapat disangkal, Blood Brothers: Bara Naga bukan sekadar filem aksi, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang hanya dapat dirasai sepenuhnya di pawagam.
Dengan visual yang memukau, kesan bunyi yang menggegarkan, dan babak-babak yang penuh emosi, filem ini benar-benar hidup di layar besar.
Lebih menarik, Primeworks Studios kini berkongsi babak eksklusif yang mesti ditonton. Walaupun klip pendek sudah cukup mengujakan, bayangkan betapa seronoknya menonton versi penuh di pawagam!
Babak eksklusif
View this post on Instagram
Babak eksklusif dari scene fighting pertama yang dimuat naik ke Instagram ini malah telah mencuri tumpuan ramai. Walaupun hanya ditonton di skrin telefon, tetap meninggalkan kesan mendalam.
Namun, untuk merasai sepenuhnya kesan sebenar, penonton disarankan untuk menyaksikan di pawagam, di mana setiap perincian dalam Blood Brothers: Bara Naga dicipta untuk layar besar, memberikan impak yang tiada tandingan.
Terima kasih atas sambutan luar biasa dan rasai sendiri pengalaman epik menonton filem Blood Brothers: Bara Naga, kini di seluruh pawagam tanah air.
Buat peminat di Kedah dan Pulau Pinang, bersiap sedia! Barisan pelakon Blood Brothers: Bara Naga akan turun padang dalam Jelajah Bara Naga hujung minggu ini di lokasi-lokasi terpilih.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka secara langsung dan rasai sendiri kehangatan filem ini!








