berita

BNS Jelas LCS Sedang Dalam Pembinaan & Bukan Projek “Kapal Halimunan”

August 15th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sumber: NSTP/ Hairul Anuar Rahim

Baru-baru ini timbul desas desus dari segelintir pihak yang mendakwa bahawa pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) adalah projek halimunan dan diperbuat daripada kayu. Menafikan dakwaan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Ir Azhar Jumaat menjelaskan sehingga kini, 5 kapal sedang dalam pembinaan dan sudah mencapai perkembangan antara 22 hingga 60 peratus.

Katanya, perkembangan terbaharu itu berdasarkan kerja fizikal yang dilaksanakan dan dibentang kepada Jemaah Kabinet, April lalu.

Kelengkapan usang tak sampai 1%

Pada masa yang sama, Azhar juga turut menafikan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengatakan bahawa 15% kelengkapan dan sistem bernilai RM1.7 bilion telah usang.

Azhar menjelaskan, laporan tersebut juga adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan maklumat pada November 2022 dan tidak sampai 1% kelengkapan yang boleh dianggap usang serta ia pula tidak melibatkan peralatan penting seperti persenjataan, enjin dan sistem pengagihan elektrik.

Menurutnya, daripada RM6 bilion yang diperuntukkan untuk projek ini, sebanyak RM1.8 bilion kelengkapan dan sistem sudah dipasang pada kelima-lima kapal tersebut dan sebanyak RM1.7 bilion kelengkapan dan sistem yang diperoleh pula berada dalam gudang.

MINDEF akan umum bila kapal LCS dapat disiapkan sepenuhnya

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berharap kapal pertama LCS diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi untuk diserahkan kepada TLDM.

Walaubagaimanapun, Azhar tidak dapat memberi tempoh sebenar bagi kapal LCS untuk siap sepenuhnya kerana Kabinet memberi tempoh enam bulan kepada kementeriannya untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek pembinaan kapal berkenaan, katanya dalam taklimat sempena lawatan media ke limbungan BNS di Pangkalan TLDM Lumut, 13 Ogos lalu.

SKIP THIS AD ×