berita

Bobby Deol Dedah Mulut Manisha Koirala Bau Busuk – ‘Saya Tercungap Tahan Nafas’

February 13th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Siapa sangka, di sebalik filem ‘Gupt’ yang ditayangkan sekitar tahun 1997 mempunyai banyak kenangan yang melucukan di antara pelakon, Bobby Deol dan Manisha Koirala.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Haters, Tanpa Mulut Masin Awak Saya Tak Dapat Tawaran Ini’ – Syada Amzah

Mulut berbau

Menerusi laporan The Indian Express, Bobby berkata mulut Manisha berbau busuk ketika mereka ingin berlakon salah satu babak intim dalam filem berkenaan.

Dalam babak itu, Manisha perlu mendekatkan mukanya ke wajah saya dan menggigit dagu saya. Ketika dia merapatkan wajahnya, saya tercungap-cungap menahan nafas sebab tak tahan bau mulutnya yang busuk.

Saya pelik macam mana saya berjaya lakukan babak itu dengan sempurna.

Tambah Bobby, dia turut membalas dendam terhadap Manisha selepas insiden itu berlaku. Ujar Bobby, dia sengaja menikmati bawang mentah dalam sebuah filem lain apabila mereka bergandingan.

Sumber: The Indian Express

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×