Usahawan Cik B tidak tergugat dengan populariti pengawal peribadinya yang viral baru-baru ini disebabkan mempunyai rupa paras yang kacak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Kacak Hadiahkan Cermin Mata Hitam Untuk Bodyguard Cik B – ‘Mungkin Dia Rindu Arwah Abang-Abang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’

Bodyguard introvert

CIKB

Ketika ditemui OhBulan!, Cik B memberitahu pengawal peribadinya ditawarkan untuk menjadi pelakon namun ditolak.

Kata Cik B, 20, ‘bodyguard’ yang dikenali sebagai Faris itu seorang pemalu justeru dia enggan terjebak dalam dunia glamour.

Sejak dia ikut saya ke mana-mana, muka dia mula dikenali. Sudah ramai pengarah cuba lamar dia. Ramai datang jumpa saya minta nombor telefonnya. Dia tak nak jadi pelakon.

Selama dia bekerja dengan saya, kerja dia bagus. Walaupun tampan, dia introvert. Sebab itu saya tak risau kalau ada yang nak dia jadi pelakon sebab yakin dia tak akan mahu.

Dia sangat pemalu, tak minat nak jadi selebriti. Popular tanpa sengaja.

Vida yang pilih

CIK B

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, menyatakan Faris mula bekerja dengan keluarganya setahun yang lepas.

Kemudian, ibunya, Datuk Seri Vida meminta Faris untuk bertugas sebagai pengawal peribadinya mengikut ke mana saja kira-kira dua bulan lalu.

Mak saya ramai staf, tapi dalam ramai-ramai itu, mak saya perasan dia ada rupa dan berlatar belakang seni mempertahankan diri.

Dia pun selalu masuk pertandingan, jadi mak pilih dia untuk jadi bodyguard saya.