Pelakon, Elisya Sandha terbuka menerima sebarang kritikan terhadap lakonannya dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan, namun berharap teguran berkenaan tidak mengheret keluarganya terutama ibu mentua, Sheila Rusly.

Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Stres Ketika Berpantang, Syukur Dapat Sokongan Suami – ‘Tempat Pembedahan Luka & Jangkitan Kuman’

Netizen kritik & pakai boikot

Elisya, 28, berkata, dia menghormati pandangan penonton terhadap karya yang dijayakannya, tetapi berharap agar keluarga tidak dijadikan sasaran hanya kerana watak atau jalan cerita dalam naskhah tersebut.

Tolong jangan libatkan ibu mentua saya. Siri ini langsung tiada kaitan dengan dia, jadi saya sangat menghargai sekiranya keluarga saya tidak dilibatkan dalam perkara ini.

Anda boleh bercakap apa sahaja mengenai saya atau siri ini, tetapi jangan heret keluarga. Itu adalah batas yang saya sangat tegaskan dan saya harap anda dapat menghormatinya. Tiada niat lain, cuma tolong jangan melampaui batas.

Kenyataan tersebut dibuat selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap lakonan Elisya dalam drama bersiri berkenaan.

Individu terbabit mendakwa terdapat beberapa babak yang dilakonkan Elisya agak keterlaluan, selain menggesa orang ramai memboikot drama berkenaan kerana didakwa mampu memberikan pengaruh kurang baik kepada penonton.

Tolong semua untuk boikot cerita ini. Sebelum Allah kasi bala di Malaysia. Sheila Rusly sebagai OL sepatutnya tak bangga dengan apa yang menantu dia buat.

Tapi dia lagi bangga, all out sangat kan. Ayuh semua, tolong buat laporan dan boikot cerita ini sehabisnya. Kita ada hak.

Sumber: Threads