berita

‘Boleh Dipenjara Tidak Melebihi 6 Bulan’ – Kes Da’i Farhan Diadu Kepada JAIS

December 13th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Penceramah sensasi, Da’i Nik Farhan dikatakan akan berdepan dengan hukuman denda selepas rakan baik kepada bekas isteri pertamanya, Nafsarah Maliki atau lebih mesra dengan panggilan Ches Al-Maliki memfailkan aduan yang mendakwa Da’i Farhan telah melanggar Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Didenda tidak lebih RM1 000

Menerusi laporan Harian Metro, Nafsarah yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim telah membuat aduan berkenaan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam.

Menurut Nafsarah ketika ditemui berkata, tindakan Da’i Farhan yang melakukan poligami dengan isteri keduanya tanpa kebenaran mahkamah malah dia juga turut menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.

Bagi kesalahan itu, Nik Ahmad Farhan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Nik Ahmad Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mempersendakan kesucian Islam

Tambahnya lagi, tujuan dakwaan ini dilakukan adalah untuk menghentikan perbuatan Da’i Farhan yang disifatkan mempersendakan dan mencemarkan kesucian Islam.

Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah-olah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sementara itu, Nik Ahmad Farhan dikatakan mungkin akan berhadapan dengan hukuman denda atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumber: Harian Metro, Ches Al-Maliki