Perlu bijak memilih rakan, anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan mengakui ada segelintir kenalan di universiti cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya semata-mata kerana status keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’ 

Pilih pergaulan

Ammar, 18, berkata, dia sentiasa berhati-hati dalam pergaulan dan enggan mudah terpedaya dengan mereka yang mendekatinya atas sebab yang tidak jelas.

Kalau di kolej ada sahaja yang nak berkawan dengan saya tapi saya agak selektif dalam berkawan. Sebab kebanyakan daripada mereka nak ajak saya keluar malam, saya tak boleh keluar malam.

Ammar ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahiran tiga adiknya Qadejah Zahra, Ibraheem Adham dan Raudhah Ashiyah yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Khamis.

Tambah Ammar, meskipun masih muda, dia sudah mampu menilai keikhlasan seseorang berdasarkan cara mereka membawa diri dan berinteraksi dengannya.

Ammar turut menegaskan bahawa rakan yang benar-benar ikhlas adalah mereka yang tidak berlebihan dalam layanan, sebaliknya bersikap natural dan tidak memandang status keluarganya sebagai alasan untuk berkawan.

Bila orang tanya kita boleh jadi kawan atau tidak, saya sendiri boleh hidu kalau orang itu ikhlas atau tidak nak berkawan dengan saya.

Saya dah boleh tengok daripada rupa dan cara mereka layan kita sudah pasti ada sebab-sebab tertentu.

Tapi kalau mereka sejenis random, layan kita biasa sahaja bagi saya itulah orang yang betul nak berkawan dengan kita.