berita

Boleh Ke Muslim Makan Daging Babi Sintetik Berasaskan Tumbuhan? Ini Jawapan Mufti Wilayah

July 16th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Sebuah syarikat pengeluar daging mengumumkan akan menghasilkan daging babi sintetik berasaskan tumbuhan. Produk berkenaan menurut pengeluar dihasilkan untuk mereka yang prihatin terhadap haiwan dan alam sekitar atau golongan vegetarian.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab soalan netizen di Twitter yang mengajukan soalan sama ada daging sedemikian halal dimakan Muslim.

Jawab isu dimsum rasa seperti khinzir

SOALAN

Saya membeli dim sum yang dijual oleh orang muslim, dan diakui halal. Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang non-muslim, lalu dia mengatakan dim sum itu rasanya seperti dim sum yang dibuat dengan khinzir. Apakah dim sum itu masih halal?

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Dim sum adalah sejenis makanan masyarakat Cina, yang diperbuat daripada ayam, sayur dan daging kemudian dimasak dengan pelbagai cara. Dim sum ini adalah makanan tradisi yang dihidangkan bersama teh.

Sebagai agama yang meliputi tentang semua aspek kehidupan, Islam telah meletakkan garis panduan utama dalam pemilihan makanan, dengan menganjurkan umatnya agar memilih makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

Syak wasangka tak jejaskan halal

Oleh itu, memilih makanan atau dalam konteks soalan ini dim sum, maka hendaklah menyemak seterusnya meyakini status halal makanan tersebut. Sebarang perasaan syak wasangka tidak akan sesekali menjejaskan status halal selagi mana tidak ada bukti yang membuahkan keyakinan yang hakiki. Ini melihatkan kepada kaedah fiqhiyah yang menyebut:

Selain itu, dim sum tersebut juga kekal status halal berdasarkan keadaan awal ketika pembeli itu membelinya di dalam keadaan halal. Sesekali tidak akan berubah kepada tidak halal berdasarkan kaedah yang lain:

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, kami berpendapat bahawa makanan tersebut selagi mana diyakini status halalnya, maka makanan tersebut kekal status halal melainkan didatangani bukti yang jelas untuk mengharamkannya.

Namun begitu, pembeli perlulah menyemak terlebih dahulu kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat dim sum. Sekiranya bahan tersebut bebas daripada khinzir dan bahan-bahan yang haram, maka hukumnya adalah halal.

Selain itu, rujuk juga artikel kami yang bertajuk Bayan Linnas Siri 73: Penamaan Makanan Dan Minuman: Status Halal Dan Isunya

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.