berita

Boleh Kesan Lokasi Motor, Pemuda ‘Install’ GPS Tracker Ini Jumpa Motor Selepas 2 Jam Hilang

August 18th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini, salah seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman motosikalnya yang dicuri telah dijumpai selepas 2 jam hilang. Dia yang menggunakan kaedah pemasangan Global Positioning System (GPS Tracker) pada motornya itu juga memberitahu keberkesanan pemasangan alat peranti tersebut.

Boleh kesan lokasi

Menurut pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Wan Haziq, dia memasang GPS tracker yang dikeluarkan oleh Pitstop dimotosikalnya. Antara feature menarik yang ada pada alat peranti itu ialah boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar anda. Anda boleh sentiasa semak kedudukan motosikal anda hanya melalui telefon pintar anda dari semasa ke semasa.

Selain itu, apa yang bagusnya mengenai alat peranti ini ialah anda boleh memasangnya di semua jenis kenderaan lain termasuklah bot. Bagi mereka yang ingin memasang alat peranti ini,  anda perlu pasangnya di bahagian yang tersorok yang hanya diketahui oleh anda sahaja.

Ada fungsi lain

Selain mengesan kedudukan motor, alat peranti ini juga berfungsi sebagai killswitch engine dan ianya juga akan mengeluarkan alarm bila berlaku sesuatu kepada motor dan jika dipandu lebih dari had kelajuan. Selain itu, anda juga boleh mengesan sejarah perjalanan melalui kilometer dan masa perjalanan. GPS ini juga perlu menggunakan simcard.

Menurut Haziq, nasibnya baik menggunakan GPS ini apabila motornya dijumpai pada pukul 7 selepas hilang pada pukul 5 pagi. Motornya turut dijumpai bersama motor mangsa yang lain yang tidak diketahui milik siapa. Dipercayai juga suspek tidak melakukan kerja ini berseorangan tetapi bersama seorang lagi rakannya di mana suspek yang ditangkap itu merupakan tukang kopak dan seroang lagi tukang curi.

Sumber : Wan Haziq

 

SKIP THIS AD ×