berita

‘Boleh Makan Di Kedai Bermula Esok’ – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 

February 9th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya membenarkan semua kedai makan dan gerai penjaja beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang sahaja (take away).

Terbaru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setuju untuk membuka semua sektor perniagaan peruncitan bermula esok. Antaranya kedai pakaian, kasut, aksesori, fesyen, kedai gambar, kedai alat permainan, kedai alatan sukan dan kedai kosmetik

Boleh makan di kedai

Sebelum ini, kerajaan membenarkan kedai makan, restoran dan khidmat penghantaran makanan beroperasi sehingga jam 10 malam bermula 22 Januari lalu. Namun, peniaga restoran dan kedai makan merayu agar kerajaan memberi pertimbangan untuk membenarkan pelanggan makan di premis.

Hal ini mendapat perhatian turut mendapat respon daripada Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid yang bersetuju dengan suara perniaga memandangkan perkara ini dapat menyelamatkan pekerja lain selain memberi manfaat kepada pengusaha kedai.

Justeru itu, bermula esok 10 Februari 2021 semua sektor dapat dibuka bagi menjaga kebajikan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kerajaan turut  membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran mengikut saiz atau kapasiti meja makan bermula esok. Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri sekali lagi mengingatkan orang ramai agar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana kita masih belum menang.

Berita penuh

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×