berita

Boleh Sambut Kemeriahan Musim Cuti Sekolah & Pelbagai Aktiviti Menarik di Gamuda Land Play Lóng Lóng!

February 19th, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Tengah musim cuti sekolah ni, mesti mak ayah dan anak-anak tak sabar dah nak buat aktiviti menarik kan!

Kalau takde idea nak pergi mana, apa kata korang enjoy je dekat GL Play! Eh, apa pulak GL Play ni? 

Ha…kalau korang nak tahu, GL Play by Gamuda Land merangkumi tempat tarikan menarik yang korang boleh pergi dengan keluarga dan rakan-rakan! 

Paling best, bermula 6 Februari sehingga 10 Mac 2024 ada pelbagai tawaran menarik yang disediakan untuk korang! Meh min share.

Ada persembahan naga & hiasan decor menarik di tarikan GL Play! 

Jom lah ajak family dan kawan-kawan korang untuk “Play Lóng Lóng” (Long = “Naga”) dengan hiasan yang menarik dan warna-warna prosperous di beberapa tempat terpilih dan rasakan pengalaman bermain ‘lóng lóng’ di taman permainan visual yang mengasyikkan!

GL Play Lóng Lóng, SplashMania Waterpark – Gamuda Cove, Kuala Langat

Kalau korang nak tahu, Gamuda Land menawarkan tiket kemasukan dengan harga yang berbaloi tau. Ada pelbagai keseronokan yang korang boleh buat di SplashMania Waterpark, Gamuda Cove itu.

Ha…Berikut ini merupakan tawaran Splash Combo Adventure untuk kanak-kanak dan dewasa:

Korang boleh pilih sama ada nak pakej Adventure atau Nature bagi setiap pembelian tiket SplashMania dengan tawaran promo ini. 

Pakej Adventure:

  • 1 x Tiket Kemasukan SplashMania?
  • 1 x Goosebumps Rope Course ( cabaran aktiviti bertali)  ?
  • 1 x Cove Aerobar?
  • 1 x Aktiviti Memanah
  • 1 x Paintball  Menembak? Sasaran 
  • 1 x Carousel & Bungee Fly (untuk kanak-kanak sahaja)

Pakej Nature:

  • 1 x Tiket Kemasukan SplashMania?
  • 1 x Safari Insta-Tour Ride dan Boat Cruise? (Nature Wanderlust)
  • 1 x Lawatan Galeri Arboretum Wetlands?

GL Play Lóng Lóng, FunPark & Big Bucket Splash, Gamuda Luge Gardens, Gamuda Gardens, Sungai Buloh North

Bukan tu je, korang juga boleh enjoy tengok persembahan Dancing Dreamers dan Soaring Dragons, Kung Fun Mania dan Splash Squad Ong Ong Lai Lah yang ada di Big Bucket Splash, Gamuda Luge Gardens, Gamuda Gardens, Sungai Buloh North. 

Persembahan dan aktiviti-aktiviti ini mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri yang boleh membuatkan penonton bergembira sambil mempelajari budaya Cina.

Lepas penat beraktiviti, perut mesti dah lapar, jadi sepanjang kempen Tahun Baru Cina, SplashMania  menghidangkan hidangan berkonsepkan budaya Cina di sekitar taman air tau!

Haa dah seronok buat aktiviti mestilah nak bawa balik cenderamata kan?

Mereka juga memperkenalkan barangan eksklusif yang korang tidak pernah lihat sebelum ini.

Selain itu, korang juga boleh nikmati tawaran dan promosi di Big Bucket Splash dengan harga berikut: 

Promosi Big Bucket Splash:

  • Dewasa @ RM20 setiap sesi (3 Jam)
  • Kanak-kanak @ RM40 setiap sesi (3 jam)

Atau Kombo Bayar Setiap Tunggangan dengan harga RM35 untuk 5 tunggangan dan RM65 untuk 10 tunggangan.

Mereka juga ada Big Bucket Splash Combo yang lagi super jimat untuk korang dimana kemasukan untuk 1 Dewasa dan 1 Kanak-kanak bagi 5 FunPark Rides cuma RM85! Murahnya! 

GL Play Lóng Lóng, Discovery Park – Paya Indah Discovery Wetlands, Xploria & Quayside

Bukan setakat waterpark je guys, Discovery Park di Paya Indah Wetlands, Xploria dan Quayside pun ada! Apa yang korang boleh buat dekat sini?

Ha…Discovery Park ni adalah satu tempat adventure dimana korang boleh terokai alam semulajadi tau! 

Tempat dia sangat luas dan boleh memuatkan kuantiti yang ramai. Korang siap boleh anjur apa-apa event contohnya family day, team building, majlis hari jadi, acara korporat, reunion sekolah atau kerja dan macam-macam lagi! 

Setiap event ni ada pakej tersendiri tau, nanti korang kena check-it-out! 

Bukan tu saja, bagi sesiapa yang membuat pembelian tiket masuk SplashMania (kanak-kanak/dewasa/warga emas) layak mendapat tawaran PWP (pembelian dengan pembelian) diskaun 50% untuk tarikan GL Play terpilih!

Tempoh pembelian daripada 1 Februari sehingga 10 Mac 2024 dan lokasi penyertaan adalah di:

  • Discovery Park @ Gamuda Cove, Kuala Langat
  • Paya Indah Discovery Wetlands @ Gamuda Cove, Kuala Langat
  • Xploria @ Gamuda Gardens, Sungai Buloh Utara
  • Quayside @ twentyfive7, Kota Kemuning

Kalau korang nak jimat, terus je membuat pembelian tiket di laman sesawang mereka di SINI. Harga tiket yang dijual adalah mengikut musim tau.

Jadi, kalau korang taknak terlepas dengan harga yang murah tu, korang boleh pergi beli dekat website terus je senang! 

Bila lagi korang nak merasakan kemeriahan musim cuti sekolah kalau bukan di Gamuda Land! Haa jom cepat layari website https://glplay.com.my/ dan sosial media Facebook atau Instagram untuk maklumat lanjut!

Selamat bercuti semua! 

SKIP THIS AD ×