Resdung merupakan penyakit di mana terjadi pada radang rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Malah, penyakit ini juga boleh membawa kepada kemudaratan sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Pelakon Dayana Roza turut berkongsi pengalaman mempunyai penyakit resdung ini sehingga telah menganggu kesihatannya. Malah, sebelum ini dia juga mengakui pernah melakukan rawatan tradisional sebelum mengambil keputusan melakukan Rhino Wash Treatment ini.
Pertama kali buat Rhino Wash Treatment
Dayana Roza menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman kali pertama menjalani Rhino Wash Treatment di sebuah hospital pakar. Katanya, dia sebelum ini pernah hampir dua minggu merasai kegatalan pada telinga kanan. Apabila bertemu dengan seorang doktor pakar, akhirnya dia mengetahui punca kegatalan itu berpunca dari bahagian hidungnya.
Actually first time dengar benda alah ni untuk cuci lendir dalam-dalam hidung tekak semua. D nak share experience ni kot ada yang ada problem sama macam D. Puncanya, dah dekat 2 minggu telinga kanan D gatal teruk sampai ke tekak. Gatal dia tu memang tak boleh bawa bincang! Setiap kali gatal mesti korek pakai cotton bud tak puas sebab gatal dia yang kat dalam-dalam dan lama-lama sampai jadi sakit dah. Risau pula infection ke apa.
So, encik suami tolong set appointment dengan kawan dia ENT specialist, Dr Bala. Masuk kamera semua check rupanya punca dari hidung. Allergy dan senang cerita sinus (resdung) yang teruk. Sekarang baru la tau rupanya mata, hidung, muka dan tekak gatal, hidung selalu sumbat, penat, bawah mata gelap tu semua ada kena mengena. Tak sakit pun buat Rhino Wash ni, cuma kadang tersedak sikit je.
Pernah buat rawatan sinus tradisional
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah mengambil rawatan tradisional resdung namun tidak pasti sejauh mana keberkesanan tersebut. Jadi, dia beralih ke rawatan di hospital pakar dan merasai kesan selepas menjalani rawatan Rhino Wash Treatment tersebut.
Hasil dia, balik rumah tadi tak boleh tahan ngantuk so bantai tidur lena gila dekat 2 jam. Bangun rasa clear hidung dan saluran pernafasan. Sedap bernafas tak ada block dan tak ada rasa blur dan berat kepala baru bangun macam sebelum ni. Wow magik!
Kalau kes yang teruk sangat boleh sampai kena operate. Serious juga benda alah ni kan. Dulu D pernah buat treatment sinus yang traditional tapi tak tau la jadi tak sebab macam sama je hasil dia. Ini first time pergi hospital terus rasa perbezaan dia. So kalau you all ada problem macam ini better pergi specialist je terus. At least kita tau problem kita. Jangan biarkan sampai dah teruk sangat tau.
Sumber: Dayana Roza