berita

Boost Tawar Pelbagai Ganjaran Menarik Kepada Pengguna Sempena Akhir Tahun #SenangJerBoost!

December 9th, 2021 | by Syamirul
Kini Trending

Mesti korang dah biasa dengan trend  e-wallet kan? Haa..kalau macam tu, Boost bukanlah nama yang asing lagi bila kita bercakap tentang pembayaran tanpa tunai ni.

Kalau korang nak tahu, Boost adalah eWallet pilihan utama rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai fungsi. Bukan setakat shopping di kedai atau online, bahkan segala pembayaran bil boleh dibuat menggunakan Boost. Menarik kan!

Jap! Korang tahu tak yang Boost eWallet pun ada program rewards kalau korang berbelanja lebih? Jom kita tengok apa ganjaran yang korang akan terima atas setiap pembayaran!

Nak dapat ganjaran? Berbelanja lebih dengan Boost #KitaBoostKita!

Korang yang mana kaki shopping tu boleh lah shopping puas-puas tau, sebab Boost sedang mengadakan promosi istimewa sepanjang bulan Disember.

Promosi ni bertujuan untuk korang berbelanja lebih dengan Boost dan habiskan cuti akhir tahun korang sambil-sambil meningkatkan ganjaran Boost. WOW!

Banyak promosi yang korang bakal terima kalau korang berbelanja lebih. Haaa mesti korang excited kan!

Jadi, apakah promosi yang ditawarkan oleh Boost ni? Jom kita tengok promosi-promosi yang menarik.

Promosi Disember yang lumayan dengan Boost!

 

Seperti yang korang tahu, Boost ni antara e-Wallet yang sangat aktif menjalankan promosi #BoostMagicalDecember untuk menghargai pelanggan mereka.

Antara promosi yang ditawarkan ialah:

1. Dapatkan 10% cashback bila korang checkout di web foodpanda/Android & bayar dengan Boost dari 1 Disember 2021 hingga 28 Febuari 2022.

  • Perbelanjaan minimum hanya RM20 dan dihadkan pada RM4 cashback
  • Dihadkan pada 2 kali sebulan bagi setiap pengguna

2. 12.12 Super Shopping Day dari 12 Disember 2021 hingga 14 Disember 2021.

  • Kumpul baucar penambahan POTONGAN RM5 di aplikasi/laman web Lazada dengan perbelanjaan minimum RM60

3. Penjimatan sehingga RM63 untuk baucar digital Lazada tersedia untuk pembelian di aplikasi Boost dari 2 Disember 2021 hingga 14 Disember 2021.

  • Diskaun RM5.40 RM60 Lazada (POTONGAN 9%)
  • Diskaun RM17 RM200 Lazada (POTONGAN 8.5%)
  • Diskaun RM40 RM500 Lazada (POTONGAN 8%)

4. Ganjaran Pulangan Tunai Cashback RM8 eShoplive dari 1 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.

  • Beli semua yang korang perlukan daripada produk kesihatan, kesejahteraan, rumah, kecantikan dan banyak lagi daripada eShoplive dan dapatkan pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minima RM99 apabila korang membayar dengan Boost!

5. Dapatkan RM5 Fave Cashback apabila korang membeli-belah dalam talian dengan Boost dari 15 Disember 2021 hingga 7 Januari 2022.

  • Dapatkan RM5 Fave Cashback (Boost Partner Wallet) dengan minima pembelanjaan RM50 di rakan kongsi dalam talian Boost terpilih dan dihadkan hanya sekali penggunaan sahaja.

6. Nikmati POTONGAN RM35 di Zalora dari 1 November 2021 hingga 31 Disember 2021.

  • Nikmati tawaran istimewa akhir tahun dan dapatkan POTONGAN RM35 dengan perbelanjaan minimum RM160 + pulangan tunai Zalora 10% dengan kod promosi: BOOSTYEAREND apabila korang membayar dengan Boost

7. Bayar menggunakan Boost dan dapatkan Ganjaran Pulangan Tunai sehingga 80% dengan Upsized CashUp!

Dapatkan ganjaran CashUp korang dengan 3 langkah mudah:

  • Langkah 1: Pergi ke Laman Utama > Ketik pada Shopping Tile > Ketik pada CashUp Tile
  • Langkah 2: Pilih kedai dalam talian untuk menyemak syarat mereka sebelum anda membeli-belah di aplikasi atau laman web mereka
  • Langkah 3: Bayar dengan Boost untuk menikmati ganjaran BoostUp selain pulangan tunai CashUp anda. Lebih banyak anda membeli-belah, lebih banyak pendapatan korang!

 

8. Cuti-cuti & Chillax dengan baucar serendah RM1!

  • Beli baucar serendah RM1 pada aplikasi Boost daripada Agoda, OYO, GetVIPPass, WeTix & TGV Cinemas
  • OYO – Diskaun sehingga 70% untuk tempahan penginapan hotel dengan baucar serendah RM1
  • Agoda – Diskaun sehingga 8% untuk tempahan penginapan hotel dengan baucar bermula dari RM20 
  • WeTix- Diskaun sehingga 13% untuk tiket pawagam GSC (Standard Hall) & Diskaun sehingga 3% (Aurum Getha Suite
  • GetVIPPass- Beli baucar penginapan untuk RM20 dan jimat sehingga RM211 (untuk baucar bernilai sebanyak RM600) 
  • TGV Cinemas- Beli pakej combo tumbler F9 untuk RM24 dan jimat 16%

9. Nikmati Pulangan Tunai 12% apabila korang membeli-belah di Taobao dari 20 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021.

  • Dapatkan Pulangan Tunai 12% dengan perbelanjaan minima RM200 (terhad kepada RM30)

10. Tunggu ada lagi! Dapatkan peluang untuk memenangi ganjaran sebanyak 10,000,000 Boost Stars bila korang membayar dengan Boost Magical Disember ini!

Memang tak rugi kalau korang gunakan Boost ni sebab, lebih banyak korang gunakan untuk berbelanja, lebih banyak ganjaran yang korang dapat! Boost je, confirm ganjaran ada! #SenangJerBoost!

Untuk info lanjut korang boleh ke Facebook, Instagram dan laman web rasmi Boost atau korang boleh klik sini untuk muat turun aplikasi Boost di Android atau iOS.

SKIP THIS AD ×