berita

BoostBiz ‘Payment Link’ Tawar Penyelesaian Terbaik Buat Semua PKS, Yang Penting Pantas & Mudah Wehhh!

August 29th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Dalam era digital hari ini, kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia sedang menuju ke arah masyarakat tanpa tunai. Sistem e-pembayaran seperti dompet digital dan pembayaran kod QR juga dilihat telah menguasai hampir setiap industri.

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan perniagaan dalam talian serta memudahkan urus niaga tanpa tunai, seterusnya dapat memberi manfaat kepada pengguna dan pemilik perniagaan. 

Sama lah macam Payment Link yang diperkenalkan syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh serantau Axiata yang terkemuka Boost ni. Ha… korang nak tau tak apa kelebihan yang korang boleh dapat? Scroll sampai habis!

BoostBiz bantu PKS untuk terima bayaran dengan cara yang mudah

Untuk pengetahuan korang, Boost memperkenalkan Payment Link ke dalam aplikasi BoostBiz sedia ada dengan fungsi pembayaran kod QR untuk membantu usahawan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro ke arah teknologi pendigitalan lebih cepat dan mudah.

Macam yang korang tau, sebelum ni kalau customer nak buat payment je, mesti kadang-kadang mereka akan rasa leceh sebab nak kena copy paste butiran akaun bank korang dulu kan?

Tapi sejak dah ada Payment Link ni , usahawan PKS tak perlu lagi nak hantar butiran akaun bank dan tunggu resit serta bukti pembayaran dari pelanggan lagi dah.

Korang hanya perlu kongsi pautan bayaran melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp saja untuk memudahkan urus niaga. 

Boleh membuat pembayaran dalam talian pada bila-bila masa dan dimana sahaja

Bukan itu saja, PKS juga boleh menerima pembayaran daripada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu menggunakan kepakaran IT yang tinggi dalam mengendalikan perniagaan. Pelanggan juga tak perlu nak habiskan masa mereka untuk walk in ke kedai untuk bayar produk yang mereka beli. 

Semua pembayaran yang dibuat oleh pelanggan korang akan dipindahkan pada masa yang tepat. Jadi, senang lah kalau peniaga nak kumpul dan menjejaki transaksi pembayaran tu kan…Klik “Pesanan” je dah boleh check. Senang kerja tau!

Tiada had pautan pembayaran

Kalau korang nak memudahkan lagi pelanggan membuat pembayaran, korang boleh cipta sebanyak mungkin pautan pembayaran yang korang nak. 

Cipta pautan tersebut bukanlah susah dan tak ada yuran serta caj yang dikenakan pun. Hanya ada caj  transaksi pembayaran yang korang terima daripada customer korang sahaja. 

Boleh uruskan produk atau tempahan korang dengan lebih jelas dan mudah!

Peniaga juga boleh menguruskan inventori produk dan memautkannya pada setiap pesanan yang diterima menerusi aplikasi BoostBiz, dengan pautan ini juga membolehkan peniaga memuat naik imej produk dan menerangkan lebih lanjut mengenai produk atau servis yang ditawarkan.

Oleh itu, peniaga tak perlu lah nak pantau tempahan pelanggan itu secara manual sebab setiap kali pautan bayaran tu dah dihasilkan, tempahan baru pun turut dicipta bersama.

Jadi, senang lah peniaga nak pantau status bayaran dan kemas kini status pesanan pelanggan selepas mereka dah buat pembayaran. Hanya guna aplikasi BoostBiz je!

Ada pelbagai kaedah pembayaran yang pelanggan korang boleh pilih

Pernah tak berniaga, lepastu bila time pelanggan korang nak buat pembayaran je, takde banyak pilihan pembayaran tu. Yelah, mana taknya, Kadang-kadang mereka mesti nak kan cara pembayaran yang mudah dan berbaloi untuk mereka beli kan?

Jadi, BoostBiz hadir untuk bantu semua peniaga kecil untuk memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan korang dimana untuk mana-mana produk dan tempahan yang dibuat oleh pelanggan, mereka boleh pilih sama ada nak bayar guna sistem perbankan dalam talian seperti (FPX), kad kredit, kad debit, mahupun eWallet, semuanya boleh! 

Cipta invois dengan satu klik je!

Bukan tu saja, untuk servis dan perkhidmatan seperti designer, katering makanan, juruteknik dan banyak lagi peniaga lain yang selalu rasa susah dan memerlukan lebih masa untuk buat invois, jangan risau!

Boost ada penyelesaian untuk korang…dengan ciri yang mereka sediakan, korang boleh mengeluarkan e-invois hanya dengan satu klik sahaja. Apabila pautan dibuat, e-invois tersedia secara automatik terus kepada pelanggan. 

Selain itu, kalau korang ada e-invois ataupun online portal, korang juga boleh letak link pembayaran tu bagi memudahkan proses pembayaran. 

Tak kira lah korang ada perniagaan apa pun, ciri-ciri ini memang dah tersedia untuk memudahkan korang semua.

Dah join jadi Boost Merchant? Ikut je langkah mudah ni untuk guna Boost Payment Link!

Lepas dah tahu semua manfaat dan kelebihan yang korang boleh buat, mesti korang tak sabar nak guna ciri-ciri dan kemudahan yang Boost tawarkan kan? Ha…nak tahu macam mana, korang ikut je step dekat bawah ni:

Langkah 1: Muat turun aplikasi BoostBiz dan daftar sebagai Boost Merchant kalau korang belum berdaftar

Langkah 2: Log masuk ke aplikasi BoostBiz. Di halaman utama Wallet, klik pada ‘Terima’ dan kemudian klik ‘Buat Pautan Pembayaran’.

Langkah 3: Di halaman utama Wallet, klik pada ‘Terima’ dan kemudian klik ‘Buat Pautan Pembayaran’

Langkah 4: Isikan semua butiran pesanan yang diperlukan, seperti jumlah pembayaran, butiran produk (pilihan), permintaan penghantaran dan sebagainya.

Langkah 5: Klik pada ‘Kongsi Pautan’ dan pilih mod komunikasi pilihan dengan pelanggan, seperti WhatsApp, SMS, Messenger, e-mel dan letak pautan atau sebarang kaedah mudah yang lain.

Langkah 6: Jejaki status pembayaran dengan mengklik ‘Pesan’ dalam Aplikasi BoostBiz

Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar harini juga!

Mana-mana peniaga yang berminat, korang boleh daftar sebagai Boost Merchant hari ini menerusi pautan ini dan nikmati pelbagai kaedah menarik dan lebih banyak hasil untuk perniagaan korang. 

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai BoostBiz Payment Link, layari laman web Boost sekarang.

SKIP THIS AD ×