Masakan kari merupakan antara kegemaran rakyat Malaysia. Kalau tak percaya, cuba korang perhatikan Restoran Mamak pasti penuh dengan orang Malaysia kita. Itu tandanya mereka memang gemarkan masakan kari.
Kari ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi, malah kalau cicah dengan roti pun memang sedap! Kami nak belanja dengan anda resepi kari yang sedap dan mudah dibuat. Sedapnya!
Kari Ikan Jenahak
Kari ikan memang antara sinonim dengan penggemar kari. Selain dari Ikan Tenggiri, apa kata korang cuba Ikan Jenahak. Rasa isinya yang manis manis ditambah dengan rasa kari memang ‘ngam’. Tambahan, harga Ikan Jenahak pun lebih murah berbanding Tenggiri.
Resepi : http://myresipi.com/recipes/kari-ikan-jenahak
Resepi Tauhu Kari
Selain dari ikan atau ayam, apa kata korang cuba menggunakan tauhu sebagai lauk utama. Rasanya tidak terlalu pelik memandangkan tauhu ini sering dijadikan lauk tambahan di dalam Mee Kari. Rasanya memang cukup sedap! Korang wajib cuba tau!
Resepi : http://myresipi.com/recipes/kari-tauhu
Resepi Kari Kambing
Siapa yang hantu kambing pasti menggemari resepi ini. Bukan sahaja sedap tapi sebenarnya mudah dibuat. Tak perlu susah susah makan di kedai kerana resepi ini semudah ABC. Gituu.
Resepi : http://myresipi.com/recipes/kari-kambing-438ff657-3d80-40fc-9e22-53a00b318995
Sardin Masak Kari
Bosan dengan sambal sardin? Apa kata kali ini cuba sardin kari. Mungkin nampak pelik, tapi bila anda makan admin pasti anda akan mahu lagi! Serius ini antara menu yang wajib anda cuba.
Resepi : http://myresipi.com/recipes/sardin-masak-kari
Telur Kari
Agak agak malas nak masak, apa kata korang rebus telur dan masak bersama kari. Boleh dihidang jika ada tetamu tiba-tiba datang. Tidaklah nampak terlalu simple kan?
Resepi : http://myresipi.com/recipes/kari-telur
Kari Sotong
Ini memang kegemaran admin, rasanya kegemaran semua kut! Kari sotong merupakan antara kombinasi yang sedap dan terbaik! Mungkin ramai yang rasa sukar untuk memasak sotong kari, namun sebenarnya anda salah. Kalau dah cuba 5 resepi di atas, pasti anda mahir membuat kesemua resepi kari memandangkan konsepnya sama. Hehe.
Resepi : http://myresipi.com/recipes/kari-telur
Sumber : Myresepi