Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri Azi tampil memberi penjelasan selepas tindakannya mempertahankan bekas isterinya menyorot perhatian.

Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Nasihat Untuk Kaum Suami Jaga Pernikahan – ‘Menyayangi Isteri!’

Artikel Berkaitan: Boss Ned Pertahankan Nora Danish – ‘Jangan Nak Cari Salah, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik

Pertahan bekas isteri

Kata Nedim yang juga dikenali sebagai Boss Ned, dia tidak mampu berdiam diri apabila melihat bekas isterinya terus menjadi sasaran kritikan walaupun hubungan mereka sudah berakhir.

Dalam masa sama, Nedim menegaskan tindakannya itu bukan kerana dia masih tidak dapat melupakan Nora sebaliknya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang pernah berkahwin dengannya.

Saya bukan baik sangat pun tapi saya tidak boleh blah orang kecam bekas isteri saya.

Kalau tak percaya tanyalah dia, dia kenal saya. Jadi betul saya akan lindungi dia habis-habisan tapi kalau dia dah berkahwin saya akan berhenti.

Kerana itu sudah melanggar urusan peribadi jadi kepada yang bebal kata saya tak boleh lupakan bekas isteri saya tu tak betul.

Saya buat kerana saya seorang lelaki, faham? Lelaki yang pernah berkahwin dengannya.

Sebelum ini, Nora meraih perhatian ramai selepas meninggalkan komen pada hantaran Nedim yang bertanyakan mengenai keadaan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Bagaimanapun, respons Nora mendapat kecaman sehingga mendorong Nedim tampil mempertahankannya.

Sumber: Threads