Pelakon Nora Danish menyorot perhatian dengan jawapannya yang padat dan ringkas mengenai kehidupan seharian pada bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Nadia Brian Tak Kisah Kongsi Rezeki Dengan Boss Ned

Artikel Berkaitan: Boss Ned Kongsi Foto Bersama Nadia Brian Dengan Kapsyen Romantis, Netizen Perasan Nora Danish ‘Like’

Bisnes perlahan

Menerusi perkongsian di Threads, bekas suami kepada pelakon berusia 43 tahun itu, Nedim Nazri, dilihat bertanyakan kepada umum mengenai keadaan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya, perniagaan dilihat sedikit perlahan sepanjang bulan Ramadan berbanding bulan-bulan biasa.

Saya pelik, kenapa bulan puasa saja semua perniagaan macam perlahan dan tak berapa nak jalan?

Bagaimanapun, ciapan tersebut menarik perhatian Nora Danish yang berpendapat bahawa Tuhan menginginkan umat-Nya memberi lebih tumpuan kepada ibadah sepanjang bulan yang mulia itu.

Sebab Allah nak kita fokus pada ibadah.

Buang dunia dan fokus akhirat.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan pelakon drama bersiri Langit Ketujuh itu agar mengutamakan ibadah pada bulan Ramadan. Selain itu, warganet turut berterima kasih atas teguran yang diberi sekali gus memberi peringatan kepada orang ramai.

Sumber: Threads @boss_ned