Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Azi bertindak mempertahankan bekas isterinya itu daripada menjadi mangsa kecaman warganet.

Artikel Berkaitan: Boss Ned Persoal Bisnes ‘Slow’, Nora Danish Tampil Jawab Ringkas – ‘Buang Dunia & Fokus Akhirat’

Artikel Berkaitan: Nadia Brian Tak Kisah Kongsi Rezeki Dengan Boss Ned

Pertahankan Nora

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned menegaskan bahawa Nora telah memberikan jawapan yang benar berkenaan ciapannya tentang perniagaan di bulan Ramadan.

Justeru, Boss Ned meminta warganet untuk tidak sewenang-wenangnya mencari kesalahan Nora kerana dia menghormati proses penghijrahan bekas isterinya itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

Betullah bekas isteri saya balas tu, jangan nak cari salah dia.

Dia sedang berubah menjadi lebih baik. Kalau dia mengingati saya, Alhamdulillah.

Dan kepada yang lain, bagilah jawapan yang awak semua nak bagi. Jangan persendakan seseorang.

Dalam masa sama, Boss Ned juga memberi amaran kepada warganet supaya tidak meninggalkan komen keterlaluan terhadap Nora.

Jadi ingatlah dia yang berubah bukan saya.

Saya tetap akan sebat awak yang tak jaga mulut.

Terdahulu, Boss Ned menyatakan bahawa perniagaannya dilihat sedikit perlahan sepanjang bulan Ramadan berbanding bulan-bulan biasa.

Ciapan tersebut menarik perhatian Nora yang berpendapat bahawa Allah menginginkan umatNya memberi lebih tumpuan kepada ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

Imbas kembali, Nora dan Boss Ned bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: Threads