berita

Boyce Avenue Cover Lagu “Locked Out Of Heaven” Versi Akustik

February 6th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-02-06 at 12.25.47 PM

Jika anda rasa lagu original “Locked Out Of Heaven” oleh Bruno Mars sudah mampu membuatkan jiwa anda melayang jauh, dengarkan pula versi akustik dari kumpulan Boyce Avenue.

Dengan suara yang sedikit ‘husky’ dan susunan muzik yang lebih ‘chill’, “Locked Out Of Heaven” versi akustik adalah sebuah lagi karya yang menarik untuk didengar.

Bagi yang tidak dan tak pernah tahu, Boyce Avenue adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri dari 3 orang adik beradik lelaki iaitu Alejandro, Fabian dan Daniel. Mereka adalah kumpulan muzik yang tidak berada dibawah mana-mana label dan sehingga kini menerusi Youtube, Boyce Avenue adalah kumpulan muzik persendirian yang paling diminati seluruh dunia.

Mari dengarkan cover lagu “Locked Out Of Heaven” versi akustik dari Boyce Avenue selepas ini ya!