berita

Brad Pitt Sebagai Pembunuh Dalam Filem Terbaru, “Killing Them Softly”

August 22nd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Selesai saja menonton trailer filem ini, OHBULAN! dapat rasakan watak yang dibawa oleh Brad Pitt mampu menarik minat para penggemar filem-filem berkisarkan jenayah.

Filem yang diadaptasi dari sebuah novel tulisan George V. Higgins ini mengisahkan tentang penguatkuasa profesional, Jackie Cogan (Pitt) yang sedang menyiasat kes ketika zaman Amerika dipenuhi gangster. Apa yang menarik ialah Cogan sentiasa bersikap tenang walaupun ketika membunuh mangsanya.

Filem ini turut dibintangi oleh Scoot McNairy (Monsters), Ben Mendelsohn (Animal Kingdom), Ray Liotta, Richard Jenkins (The Visitor), dan James Gandolfini. Untuk anda yang sudah lama tidak menonton filem mengenai sisi gelap Amerika, inilah masanya.

Filem ini akan dilancarkan pada 18 Oktober di seluruh pawagam Malaysia. Jom tonton trailer “Killing Them Softly” selepas ini!