Selebriti Hollywood terkenal, Britney Spears dikatakan telah putus tunang dengan pasangannya Jason Trawick. Perkara ini berpunca daripada penglibatan Britney Spears sebagai juri untuk sebuah program realiti “The X Factor”.
Menurut sumber, sejak Britney menjadi juri untuk realiti program tersebut, beliau dikatakan terlalu fokus kepada pekerjaannnya sehingga tiada masa untuk tunangnya, Trawick. Ini membuatkan tunangnya mengambil keputusan untuk meninggalkan beliau.
Sebelum ini Trawick dikatakan sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menguruskan perjalanan karier seni Britney, akan tetapi usahanya itu hanya sia-sia dan tidak dihargai oleh Britney. Buat masa sekarang, berita putus tunang antara pasangan ini masih belum disahkan oleh kedua-dua pihak.
Britney Spears dan Jason Trawick telah melangsungkan pertunangan pada bulan Disember tahun lalu di sebuah majlis tertutup, di Planet Hollywood Resort dan Casino. Pasangan ini telah mula berpacaran sejak awal tahun 2009 selepas hubungan kontroversi Britney dengan paparazzi Adnan Ghalib berakhir.
Sumber : Sinar Harian