berita

Bront Palarae Dilantik Sebagai Duta MIFFest Empat Kali Berturut

March 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sidang Media Malaysia International Film Festival (MIFFest) ke-6 telah berlangsung dengan jayanya semalam di hotel rasmi festival, Park Royal Collection, Kuala Lumpur.

Bront Palarae diangkat jadi duta

MIFFest tahun ini julung kalinya bekerjasama dengan BMW Shorties, TikTok Malaysia sebagai rakan kongsi rasmi, kerjasama berterusan dengan Udine Far East Film Festival (FEFF) di Itali.

MIFFest sekali lagi mengangkat pelakon berbakat Bront Palarae atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin sebagai duta festival dan ini merupakan tahun keempat pelakon berusia 44 tahun ini dilantik sebagai duta. Ketika ditemui OhBulan!, Bront Palarae akui berbesar hati dengan penglibatannya dalam MIFFest.

4 tahun saya sebagai duta, kita rasa kita tolong connect diorang dengan international komuniti. Pada masa yang sama, bila ada juri yang datang semua, kita boleh tolong entertain sekali dan boleh tolong Malaysia press juga.

Apabila ditanya apakah evolusi dan harapan terhadap MIFFest berbanding tahun-tahun sebelum ini, Bront bersyukur kerana festival ini semakin berkembang dengan penglibatan sponsor-sponsor dan kolaborasi baharu.

MIFFest ini juga membuka pintu untuk orang luar masuk Malaysia tengok Malaysia sebagai lokasi potensi untuk bakat kita. Jadi, harapnya ini juga menjadi jambatan untuk membawa filem dan pelakon-pelakon Malaysia ke luar negara.

Dalam pada itu, Bront juga berharap agar orang ramai dapat memberikan sepenuhnya sokongan terhadap festival ini. MIFFest akan bermula pada 23 Julai hingga 29 Julai 2023.

SKIP THIS AD ×