berita

BROS Lancar Botol Air Lebih Funky Sesuai Untuk Jiwa Remaja Macam Anda

July 2nd, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

04-Terence-Lee-Business-Development-Director-of-BROS-Living-Wing-Sdn.-Bhd.-posing-with-the-newly-launched-10th-range-Kristal-Klear-series-600x350

Terence Lee menampilkan siri rangkaian Kristal Klear

Tak sangka dah sepuluh tahun jenama botol air, BROS berada di pasaran tempatan. Ingat lagi masa mula-mula botol air ni diperkenalkan pada tahun 2004, berebut orang nak beli sebab setiap botol dicorakkan dengan lukisan dan warna-warna menarik.

Dan untuk tahun yang kesepuluh ini, BROS semakin komited dalam menghasilkan lebih banyak rekaan baru menerusi siri rangkaian Kristal Klear.

Dengan adanya penambahan baru ini, pengguna mampu berbangga bersama botol air berciri individualistik, berwarna-warni dan artistik.

08-The-new-BROS-Kristal-Klear-range

Kesemua produk BROS dihasilkan sendiri oleh kumpulan pereka berbakat dalam syarikat kami yang turut mereka cipta produk tersebut melalui kombinasi elemen kreatif dan idea inovatif. Setiap produk BROS menampilkan kreativiti kami dan menekankan ciri kesenian bagi menangkap perhatian pelanggan; hasilnya ialah rekaan botol air yang funky dan menepati gaya hidup seseorang! Jadi, pastukan tahap hidrasi anda dikekalkan dengan penuh bergaya walau di mana anda pergi dan apa yang anda lakukan. – Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS – Living Wing Sdn Bhd, Terence Lee Soon Teck

Untuk pengetahuan, Kristal Klear didatangkan dalam 4 saiz yang terdiri daripada 400ml straw, 800ml, 1000ml dan 1500ml. Ianya boleh didapati di pasaran bermula dari RM27.90 hingga RM35.90.

Sesuai sangatlah dengan bulan Ramadhan sekarang ni, lebih elok rasanya kalau menyimpan air dalam botol-botol BROS kerana ia bebas BPA daripada menggunakan botol pakai buang. So, perbanyakkanlah minum air masak semasa berpuasa okay?

SKIP THIS AD ×