berita

‘B*rua Punya Jantan’ – Belasah & Lenyek Awek Dengan Motor, Netizen Mohon Lelaki Dayus Dicekup

March 23rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang pengguna laman sosial merakam tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki yang bertindak merempuh seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Rakaman video berkenaan membuatkan netizen geram dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan ditunjukkan ke atas mangsa dalam kejadian itu.

Dirempuh, dibelasah lelaki tak bertanggungjawab

Pada mulanya pasangan itu didengari ‘berbincang’ mengenai masalah hubungan mereka. Wanita yang dipanggil Shahira itu kemudiannya merintih dalam nada tangisan mendoakan masalah dihadapinya diberi jalan penyelesaian.

Perakam video juga sempat melaung dari bangunan rumahnya bertanyakan jika wanita tersebut okay. Walaubagaimanapun pertanyaan tersebut tidak dihiraukan individu itu.

Tidak lama kemudian, lelaki terbabit yang berhelmet dengan sengaja merempuh wanita itu menggunakan motorsikalnya sehingga wanita itu dilihat tersembam ke pembahagi jalan. Lebih teruk, lelaki terbabit menampar dan membelasah si wanita berkali-kali setelah melanggarnya.

Pasangan terbabit kemudiannya dilihat meninggalkan tempat kejadian setelah perakam mengugut mahu turun menyelamatkan wanita terbabit dari terus dibelasah.

Netizen doakan lelaki dapat balasan

Tolong la masuk jail

Sumber: Minaazaini

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.