berita

Brunei Batal Hukuman Mati Pesalah Seks Sejenis

May 6th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Brunei mengambil langkah melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam kepada penzina dan pesalah hubungan sejenis sejak April lalu setelah beberapa tahun ditangguhkan.

Keputusan pemerintah Brunei itu bagaimanapun menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat antarabangsa terutamanya negara barat yang beranggapan ianya melanggar hak asasi manusia. Ini termasuklah kritikan daripada selebriti Hollywood seperti George Clooney dan Elton John.

Tak laksana

Terbaru dalam satu kenyataan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law. Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas.

Ekoran perlaksanaan hukuman hudud itu, beberapa hotel milik Sultan Brunei di serata dunia mula diboikot orang ramai. Bukan itu sahaja, syarikat penerbangan terkenal Virgin Airlines membatalkan perjanjian perjalanan kakitangan dengan Royal Brunei Airlines sebagai tindak balas terhadap penguat kuasaan undang-undang syariah di Brunei.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×