berita

Brunei Haram Tayangan Filem ‘Talbis Iblis’

October 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penerbit filem ‘Talbis Iblis’ iaitu Gayatri Sulin Pillai menghormati keputusan kerajaan Brunei yang mengharamkan tayangan filem terbabit di negara mereka.

Hormat keputusan

Menurut Gayatri, setiap negara mempunyai proses penapisan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan dan pihaknya akur dengan keputusan yang dilakukan.

Kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan. Setiap negara mempunyai peraturan dan kriteria serta garis panduan yang sudah ditetapkan. Jadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam filem tidak memenuhi kriteria terbabit.

Sebelum ini, kerajaan Brunei telah mengharamkan tayangan filem seram arahan Khabir Bhatia di negara itu tanpa memperincikan butiran lanjut. Perintah larangan itu hanya diketahui apabila Times Cineplex Brunei memuat naik makluman tersebut di Instagram mereka.

Mengharamkan filem sebegini, saya rasa tiada alasan sebenar untuk melakukannya. Ia bukan dalam erti kata global, tetapi jika mereka mempunyai set peraturan sendiri dan seseorang menerangkannya kepada saya, maka saya boleh memberikan reaksi berbeza. Sebaliknya tidak salah untuk filem ini diharamkan jika ia atas sebab yang betul, contohnya ia menakutkan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×