berita

BSN Tawar Pembiayaan Peribadi ‘Terpaling Wow’ – Ada Hadiah Mercedes-Benz A 200 Untuk Korang!

October 24th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Bank Simpanan Nasional (BSN) sentiasa komited dalam menawarkan penyelesaian kewangan kepada orang ramai.

Kempen ‘Terpaling Wow’ BSN menyediakan pembiayaan peribadi dengan hadiah menarik buat pelanggan bertuah!

Sebuah Mercedes-Benz A 200 & hadiah bulanan menanti korang!

Kempen yang telah berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember ini menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta mewah Mercedes-Benz A 200! Fuhh.. Seronok lah korang boleh bergaya sakan dengan kereta baru!

Ada juga hadiah istimewa yang lain menanti dua pemenang bertuah setiap bulan dari cabutan pelanggan sedia ada dan cabutan pelanggan / pembiayaan baharu, antaranya adalah akaun emas BSN MyGold Account-i, BSN SSP, baucar barangan mewah Valiram dan pakej pelancongan bernilai RM10,000 setiap satu.

Buat korang yang merancang nak satukan komitmen bulanan pada satu bank sahaja atau memerlukan wang tunai lebih, inilah masa yang tepat untuk mohon pembiayaan peribadi dengan BSN!

Kadar serendah 2.53%* setahun, pembiayaan sehingga RM400,000 & tak perlu banyak dokumen untuk memohon

Biasanya benda paling rumit untuk mohon pembiayaan adalah dokumen yang banyak kan? Haa.. Dengan BSN, semuanya dijamin mudah kerana mereka hanya memerlukan dokumen permohonan minimum seperti dibawah:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  • Minimum salinan slip gaji 1 bulan terkini
  • Laporan Semakan Data Bagi Pemilik Kompetensi yang dicetak melalui Sistem HRMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia)
    ATAU Surat Pengesahan Majikan.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bermula daripada RM5,000 sehingga RM400,000 dengan tempoh pembayaran yang ditetapkan selama 1 sehingga 10 tahun.

Paling best, kadar keuntungan yang ditawarkan tak kurang hebatnya, lagi-lagi buat korang yang bertugas sebagai kakitangan awam.

Menerusi Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) pelanggan berpeluang menikmati kadar keuntungan serendah 2.53%* setahun (tertakluk pada terma dan syarat) sahaja menerusi pembiayaan BSN MyRinggit/i 

Korang yang bekerja di sektor yang lain jangan risau korang pun layak memohon pembiayaan seperti BSN MyRinggit-i Professional,BSN MyRinggit-i FIE dan BSN MyRinggit/i High Ranking Officer (HRO).

BSN memiliki cawangan di seluruh Malaysia. Nak mendapatkan maklumat juga mudah. Jadi, jangan tunggu lagi. Mohonlah Pembiayaan Peribadi BSN hari ini dan sertai kempen ‘Terpaling Wow’.

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi BSN di SINI.  Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Terpaling WOW’ korang boleh ke https://www.bsn.com.my/page/PFcampaign2023.

*tertakluk pada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×