Memiliki kesan hitam pada pada bahagian siku dan lutut pasti merisaukan sesetengah individu yang mementingkan penampilan dan kecantikan tubuh badan. Pada dasarnya, pembentukan kesan hitam yang terdapat pada bahagian siku dan lutut ini berpunca daripada tekanan yang sering dilakukan oleh aktiviti harian seperti melutut dan mendagu.
Bagi merawat kesan hitam ini, pihak OHBULAN! ada menyediakan beberapa tips berguna yang boleh anda amalkan. Antaranya adalah :
Buah Lemon
Khasiat yang terkandung dalam buah lemon difahamkan mampu menghilangkan kesan hitam pada bahagian siku dan lutut. Caranya adalah :
- Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian.
- Ramas lemon pada bahagian siku dan lutut sebelah kanan. Setelah itu biarkan ia basah selama 10 minit.
- Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku dan lutut sebelah kiri.
- Setelah itu, cuci bersih siku dan lutut dan sapu losyen untuk kulit.
- Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.
Daun Sirih
Terdapat banyak khasiat yang boleh diamalkan dengan pengambilan daun sirih, antaranya adalah dapat merawat kesan hitam pada bahagian siku dan lutut. Caranya mudah sahaja iaitu :
- Ambil beberapa helai daun sirih.
- Sapukan dengan sedikit kapur dan minyak zaitun.
- Gosokkan pada bahagian siku dan lutut dalam beberapa minit.
- Amalkan setiap hari sehingga kesan hitam beransur hilang.
Minyak Zaitun
Vitamin E yang terkandung dalam minyak zaitun dikatakan mampu meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Sebab itulah minyak zaitun sesuai digunakan sebagai bahan merawat kesan hitam pada siku dan lutut. Caranya adalah dengan menyapu minyak zaitun tersebut pada bahagian yang hendak dirawat. Amalkannya dua minggu sekali dan anda akan merasai hasilnya.
Bagi individu yang ingin menghilangkan kesan hitam pada siku dan lutut, anda boleh mengamalkan tips ini sebagai petua penjagaan kulit seharian.
Sumber : WanitaSihat.com