berita

Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dibedah Buang Batu Karang

May 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi serta pelakon iaitu Andi Bernadee bakal menjalani pembedahan pada hari ini di sebuah hospital di Lembah Klang setelah disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

Doktor sahkan buah pinggang bengkak

Andi dikatakan telah lama menahan sakit pada sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, namun ketika dia berada di sebuah acara di Shah alam secara tiba-tiba dia berasa sakit sehingga tidak dapat menahannya lagi.

Itu yang saya bersama pengurus, Nair Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.

Setelah menerima suntikan, Andi hanya dapat menahan sakit sekejap sahaja dan selepas waktu berbuka puasa sakit berkenaan datang balik. Walau bagaimanapun, dia bergegas ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya dan doktor telah mengesahkan buah pinggangnya sudah bengkak dan perlu menjalani pembedahan segera.

Pembedahan secara laser untuk buang batu karang

Katanya lagi, doktor telah membuat CT Scan pada jam 6 pagi tadi dan dijangka pada tengah hari ini pembedahan secara laser akan dilakukan bagi membuang batu karang.

Andi mengharap agar pembedahannya berjalan dengan lancar dan minta semua pihak untuk mendoakannya kerana ia merupakan pertama kali dirinya dimasukkan ke hospital.

Sumber : Gempak 

SKIP THIS AD ×