berita

Buang Bayi Tepi Perhentian Bas, Pasangan Kekasih Ditahan Bantu Siasatan

June 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Harian Metro

Seorang bayi perempuan telah ditemui oleh seorang pekerja pembersihan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan semalam.

Pasangan kekasih ditahan

Sekadar gambar hiasan

Bayi perempuan yang dipercayai sudah berusia dua hari itu telah dibalut dengan tuala serta diletakkan di dalam kotak sebelum ditinggalkan di tepi perhentian bas.

Susulan itu, pihak polis telah menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan bayi berkenaan. Kedua-duanya telah ditahan pada 7.30 malam di Garden Avenue selepas tujuh jam bayi berkenaan dijumpai.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, pasangan kekasih yang berumur 26 tahun dan 23 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman.

Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah dihantarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan selanjutnya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×